Hari ke 3 tahun 2018
Wednesday, January 03, 2018
Assalamualaikum korang.. buat apa tu? mesti masih melakukan kerja-kerja opis yang tidak sudah-sudah kan. kalau macam tu kita memang geng la. bila la boleh jadi big bos untuk syarikat sendiri.
bercakap pasal big bos ni semua orang nak jadi bos padaha tak tau apa beban yang mesti kena pikul oleh seorang bos atau pengurus atau pengarah atau what ever yang berkaitan dengan big bos la. sebab aku sekarang sedang merasa berat nya beban yang mesti aku galas walaupun butik aku cuma sekangkang kera sahaja.
perkataan bos tu senang diucap tapi payah nak jalankan nya. sebagai contoh bila syarikat tidak mencapai keuntungan yang dikehendaki bos akan berusaha untuk membayar gaji pekerja, bayar hutang syarikat dan banyak lagi bayaran kena dilakukan. asal hujunng bulan je mesti bos akan sakit kepala memikirkan nya kecuali la syarikat dah maju dan stabil. yang hepi adalah pekerja, dapat gaji setiap hujung bulan.
tapi tak apa, ini baru permulaan mana tau rezeki aku akan datang kan. aku berharap dan berdoa semoga semua berjalan lancar seperti aku rancangkan... amin
0 komen