Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope
Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA .
The image failed to load. |
5 perkara
|
The image failed to load. |
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan
dicerap melalui perubahan warna alam.Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing
bagimereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulangkali, lama kelamaan akan menghadapi masalah
komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain
jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah
yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan
masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atauterlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknyawaktu Asar di mana spektrum
warna pada waktu ini bersamaan denganfrekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi
sistemreproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi alau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini(solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens
(pembelauan)berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnyamemasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan
dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepastengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya
ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah
sedar akan kepentingan tenaga alam inidan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi
yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga
alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini
seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih
dan penyayang-Nya sebagaipencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat
berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya..."
aku dapat free advertising RM150.00 lah.. ok lah kan, kita buat biz nie mestilah kena buat betul2 kan maklumlah nak jd jutawan. orang boleh buat kenapa aku xblh buat plk. aku banyak gak beli e-book dari yang pro. so the moral of the story... (heheheh... masuk ker tu ngan tajuk?)klu nak income besar jangan kedekut cari ilmu dan melabur utk masa depan. sesiapa yang nak wat duit ngan google leh hantar komen kat sini k.
kak long smpai smlm kol 7pm. masa tu hubby masih blm balik dari kampung. nasib baik aku xikut balik klu x puas kak long nak tunggu kami. ari nie 18/04/2010 kol 2.50pm mereka balik ke KL. kak long bertolak dari KL - trg esk mlm.
kepada kak long, semoga bahagia sampai ke akhir hayat. adik mu doakan semoga dapat cepat2 cahaya mata. nie ada photo yg sempat aku snap buat kenangan.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada arwah... amin
yang hidup pasti merasa mati.. banyak perkara yang kita tidak sangka berlaku didepan mata. syahdu hati mengenangkan kematian yang bakal mendatang.
SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
Solat jenazah sedang berlangsung. Suasana sangat tenang dan harapan kami agar semuanya lancar. Al-Fatihah.
Jenazah Abang Din dalam perjalanan ke kubur selepas di sembahyangkan
Ratusan banjiri pengkebumian arwah din beramboi ! Alfatihah
Jenazah dibawa masuk ke liang lahad! Ya allah swt ko perlapang kan rohnya ! Al fatihah
Al-fatihah….
Walaupun sudah hampir sebulan arwah pergi masih sempat aku mengucapkan takziah kepada keluarga arwah..
Berita terbaru yang Budiey terima pada petang tadi, penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan akan dikebumikan esok di Kampung Sembulan Lama.
Ning Baizura selaku mentor Yanie telah menulis di Twitter mengatakan bahawa beliau telah mendapat panggilan berita ini daripada suami Yanie sendiri, Irfin Abdul Manan.
Samada berita ini sahih atau tidak, sama-sama kita ikuti kenyataan seterusnya dari famili Yanie yang akan dikeluarkan pagi esok. Harap bersabar ya.
Kepada pembaca yang masih samar-samar, Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.
Setelah lama menyepi dan dah lama juga tak mendengar berita tentang Yanie, akhirnya hari ini ramai yang terkejut dengan berita pemergian beliau.
Yanie yang merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor telah berkahwin pada November 2007 dengan Irfin Abdul Manan dan meninggalkan seorang anak.
Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah. Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah dari budiey.com untuk seluruh famili.
Al-Fatihah
Profile Yanie
Nama Penuh : SITI SURIANE JULKARIM
Nama Panggilan : Yanie
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 14 November 1985
Tempat Lahir : Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
Zodiak : Scorpio
Ketinggian : 5 kaki 3 inci
Berat Badan : 52 kilogram
Bil. Adik-beradik : 5 orang (Anak Sulung)
Cita-cita : Polis dan Penyanyi yang disegani
Pendidikan : SPM
Sekolah : SK Sembulan Kota Kinabalu dan SMK Sanzac Kota Kinabalu
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penyanyi & pelakon
Warna Pilihan : Hitam dan Putih
Muzik Pilihan : R&B, Funk dan Jazz
Hobi : Menyanyi dan Memasak
Pengalaman Seni :
- Mula menyanyi sejak berusia 5 tahun.
- Mula menyertai pertandingan pada usia 10 tahun dan kerap kali menjuarai mana-mana pertandingan yang disertai.
- Mewakili sekolah dalam pertandingan bakat harapan antara sekolah.
- Menyertai koir sekolah.
- Menjuarai pertandingan Bintang Karaoke RTM pada hari terbuka RTM 2004.
- Terlibat dengan persembahan-persembahan untuk Program RTM dan rancangan Radio Sabah seperti ‘Titian Mesra dan Penghibur Minggu Ini’.
- Sering kali terlibat dengan acara-acara besar di sekitar Sabah menjadi artis jemputan.
- Mengikuti program lembaga kebudayaan Negeri Sabah.
- Menjadi Artis jemputan bagi ‘dinner show’ di hotel-hotel sekitar Sabah.