tahniah adik ku... nurul ima binti ghazali kerana selamat menghabiskan pembelajaran di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
moga lepas ni dapat kerja yang bagus dan dapat sama2 dengan kami ringankan beban abah.... Amin
teringat aku pada dia....
hari baik bulan baik terdetik aku mengunjungi dia. sampai sahaja kami depan halaman rumah dia, aku lihat dia mengesat air mata. dalam hari aku berkata ’adakah apa yang aku fikirkan benar?’.
selesai sesi bersalaman, dia terus dia bersuara... "sorang pun tak balik jenguk...". Ya Allah, air mata janganlah keluar... jangan biarkan dia terus bersedih...
kerongkong aku tersekat, tiada suara keluar dr mulut aku. suami cepat bersuara "tak apa la... kami kan datang ni"
kenapa mereka?? sampai sanggup dan tega perlakukan dia seperti itu... ini bukan cerita dongeng tapi cerita benar yang berlaku depan mata aku...
aku rapat sangat dengan dia tak ada la tapi aku tahu kisah dia. dulu semasa muda sikit dia seorang yang tidak suka pada budak2. anak2 sendiri dia anggap musuh, suka beza-bezakan antara satu sama lain. sape bagi duit itu lah dia suka, dia sayang...
sekarang aku tengok hidup dia terumbang ambing, anak2 dan cucu2 sangat benci dia... dulu, aku pun dia tak suka. tapi aku biarkan saja.
aku pandang kehidupan dia sekarang... menitis air mata aku. anak2 tak hiraukan dia, tendang macam sampah, adakah mereka tahu yang dia seorang IBU? ibu yang melahirkan korang??
memang betul dia ada membuat kesilapan yang besar dalam hidupnya sebagai seorang IBU tetapi apa korang sebagai anak layak ke menghukum dia???
kita hidup hanya sekali, mak dan ayah hanya seorang di muka bumi, sekali derhaka seumur hidup korang merana.. PERCAYA LAH
aku hari ini nak menyatakan rasa tidak puas hati. perasaan yang datang dari hati aku sendiri bukan paksaan dari sape2
ahad lepas aku ke pasar malam bersama keluarga, aku beli macam2 la termasuk air tebu. sebelum ni air tebu hanya rm1 tetapi sekarang naik 50sen. kuih dulu 3 singgit, pastu 1biju 40sen. sekarang ini adalah 5biji rm2? adakah kenaikan harga minyak???
kenapa negara kita yang boleh dianggap maju dan mewah tetapi perkara sebegini berlaku? keluarga aku boleh di ertikan sebagai sudah boleh ’berjalan’ tiba2 kami kena ’merangkak’ demi menampung kehidupan yang semakin memeritkan ini.
apakah tiada jalan penyelesaian kepada semua ini? siapa mahu bantu kami??? mana JANJI DITEPATI itu???
ni pulak aktiviti di hari jumaat (04.10.13) malam... lepas balik kerja semua dh penat. lepas magrib tiba2 en suami ajak gi bagan lalang.... yea haaa.... senyum smpai ke telinga la aku.
aku ni memang suka makan..... nak tahu makan malam kami pukul brape? heheh... dalam kol 10pm lebih
ni pulak aktiviti minggu lepas hari ahad (29.09.13), putri beriya-iyea nak potong rambut macam mia sara. katanya "ibu, adik nak potong rambut macam mia dalam strwbrry n karipap". aku iyea kan aja.
pada hari selasa yang lepas (01.10.2013) aku bersama member2 opis ke bukit chedang untuk beriadah. aku dah lama sebenarnya nak beriadah tapi tak berkesempatan. bola jaring dah berkubur. nak main balik rasa dah berat badan ni.... hehehe