Khamis lepas bersamaan 20 Julai 2017 aku dikejutkan oleh satu berita yang sangat menyayat hati. perginya seorang yang aku sayangi dan sentiasa ada dalam hati aku.
Berita kematian dia aku dapat dari seorang cucu nya yang aku sendiri dah menganggap dia sebagai adik aku pada pukul 7.58 malam, di fahamkan beliau meninggal pada pukul 6.45 petang. Pengebumian di lakukan pada pagi Jumaat (21 Julai 2017) yang damai.
Aku bertolak (Jumaat - 21/07/2017) bersama anak dara aku pada pukul 7.45 pagi bagi menatap beliau untuk kali terakhir. Sampai disana sanak saudara beliau telah datang untuk mengziarahi. ada satu perkara yang aku tidak mampu menahan rasa sedih dan hiba tapi biar la ia menjadi rahsia...
sangat sedih dan kecewa bila menatap beberapa perkara yang telah berlaku. semoga roh arwah tenang di SANA.... Amin