hari ni nak jalan jauh so apa kena buat adalah services kereta. aku kena keja plak hari ni. kalau aku banyak cuti mau subuh2 aku ajak mr hubby balik.
semalam dengan hari ni dia gi services. dia tanya nak tukar sport rim x? emmm....kalau ikut kan aku ni mrs bajet, kena cakap tak boleh. memandangkan kereta tu aku punya aku terpaksa akur dengan kehendak.. hehhehe (yey, dpt sport rim baru... yes3)
sekarang ramai kawan2 aku dah buat bisnes. adik beradik apa lagi... semua dah tahu betapa untungnya jika buat bisnes. tak kisah lah bisnes apa janji halal dan mengikut syarak... aku macam biasa setiap masa pikir pasal bisnes.
satu lagi bisnes yang aku nak sangat ceburi tapi buat masa sekarang ni biar la rahsia. bila dah betul2 jadi akan aku wawarkan pada semua...
kawan2 doakan aku berjaya yea. aku pun boleh dikatakan letih kerja makan gaji....
gambar sekadar hiasan... ambik dari mr google
hari ini dapat makan masak lemak cili api ketam. dah beberapa bulan tak rasa mertua masak ni. rasa sedap giler nya... hehhehe. nak harap menantu masak entah bila2.
aku bukan tak nak masak takut membazir pulak ketam. beli bukan main mahal pastu masak tak sedap pulak. so layan gambar nya dah la yea...
tadi dapat whatapps dr group famli, ada post tentang along.. baru nak masuk 2 minggu rasa rindu dekat dia.
dia kalau dekat kampung mana nak ingat ibu ngan abah dia. handphone pun dah tak tengok. leka sangat dengan kawan2 kampung dia tu.
dekat kampung dia diajar oleh mak saudara, nenek n atok supaya berdikari. harap dia boleh belajar dari semua itu.
hari ini dekat rumah mak dan abah di kampung ada majlis pertunangan antara Nurkairah bt Ghazali iaitu adik aku yang ke-9.
baru berusia 19 tahun dah bertunang, rasa sedih gak la sebab aku rasa muda lagi tapi itu dah permintaan dia...
kepada adik tersayang kakngah doakan agar pertunangan hingga ke jinjang pelamin.... amin
lama sangat tak update blog aku ni, rindu nak cerita semuanya tapi sejak ada camera dslr ni kan (poyo tak statement?... hehehhe) susah nak masukkn gambr dkt dlm hp. so kena la tunggu aku buka my lappy...
bila mendengar keputusan along hati aku rasa sedikit sebak... along, ibu letakkan harapan tinggi pada awk tp awk hancurkan harapan ibu. berkecai rasa hati ibu. kenapa? adakah ibu terlalu manjakan awk atau ibu yang salah perhitungan.
tetapi... ibu sentiasa doakan yang terbaik buat anak ibu. amin...
mula2 tak tahu nak pakai apa untuk majlis sirim yang diadakan di sunyaw hotel pada jumaat (15.11.2013) tapi tadaaa....
zaman sekarang makanan yang kita makan secara kita tidak sedar banyak yang beracun. kita didedahkan kepada pelbagai jenis penyakit. produk ini juga adalah produk kesihatan yang juga boleh turunkan berat badan. ia juga produk untuk buang toksid.
Pra Campuran Ekstrak Mahkota Dewa adalah formulasi khas kepada penggemar produk berasaskan herba mahkota dewa yang inginkan kelainan citarasa. Maka terhasil produk serbuk pra campuran ekstrak mahkota dewa berperisa oren ini. Minuman ini penuh dengan kelainan dengan kelazatan oren disamping khasiat herba mahkota dewa dan juga diperkaya dengan khasiat vitamin C. Amat sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga mahupun dihidangkan kepada tetamu sama ada suam atau sejuk dan pastinya digemari semua peringkat umur.
sesiapa yang berminat boleh pm saya di nombor ni... 0173502400
kepada kawan2 sekalian, saya ada menjual produk kesihatan... siapa yang berminat boleh pm saya. saya sendiri telah merasa perubahan yang ketara. harga yang sangat berpatutan.
Merupakan minuman diet kesihatan permium terbaru dari aljannah. Ianya khusus untuk anda yang inginkan kecantikan kulit dan juga pengawalan berat badan. Minuman coklat kolagen ini mengandungi semua khasiat yang diperlukan untuk kecantikan kulit dan juga tubuh badan dengan diet yang seimbang. Setiap kotak mengandungi 20 paket yang mana cukup untuk keperluan nutrisi yang diperlukan kulit dan juga tubuh badan dalam diet seharian anda.
sesiapa yang berminat boleh pm saya di no 0173502400
tersentuh sungguh aku tengok cerita ni di tv3. dalam sungguh maksud yang disampaikan dalam cerita ini. buat suami2 di luar sana, ini satu iktibar dan pengajaran... jangan lukai isteri.