give and take

Friday, January 12, 2018

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

korang pernah tak gaduh dengan seseorang dan cakap dalam hati yang korang tak akan maafkan mereka tersebut. aku dulu pernah dan ada beberapa dalam fikiran aku yang memang membuat aku rasa sakit hati, mendidih, marah tahap gaban dan tak akan maafkan mereka ini. pernah jugak terkeluar perkataan yang tidak elok untuk didengari.




semua perkara tersebut telah lama berlalu dan aku dengan rendah diri mengakui aku sendiri pun ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang aku sedar mahupun tidak sedar. pengalaman tersebut la membuat kan aku lebih matang dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata sehinggakan aku sendiri akan diam walaupun perkara tersebut isu sensitif. aku pun dah lama memaafkan mereka...

pernah dahulu aku tidak tahu pun perkara tersebut tiba-tiba aku kena maki hamun. Allah sahaja yang tau betapa sakit dan peritnya nak menahan sabar dengan makian tersebut. hanya air mata dan doa sahaja aku dapat buat ketika itu. betul la Allah cakap SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN.                  

Allah hendak menguji besar mana Iman yang kita ada dengan menjadi seorang penyabar dan tidak berdendam. harapan aku pada diri sendiri supaya tidak bertindak terburu-buru dalam mengeluarkan kata-kata dan sentiasa berhati-hati... Insya Allah

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram