azam tahun 2018

Thursday, January 18, 2018

hari ni dah 18/01/2018 kan baru aku nak bercerita pasal azam aku untuk tahun ni iaitu tahun 2018. azam aku adalah nak masuk Asia Islamic Fashion week macam WOW kan? belum cuba belum tahu kan. kalau lah impian aku pada tahun ni menjadi kenyataan alangkah gembira nya aku.

langkah pertama kena jadi visitor mereka dahulu dan lihat fasyen macam mana yang boleh melayakkan kami menyertai dan berdiri bersama pereka fesyen asia yang lain. designer insya Allah aku ada kawan kepada kawan. tapi belum pernah tanya pasal bisnes cuma say hai dari jauh. malu kot nak berkawan dengan orang2 macam tu tapi aku akan cuba dengan sedaya upaya cuba mampu atau tidak untuk membayar mereka ini.


cita-cita aku bukak butik memang nak semua orang tahu pasal butik kami. aku tak mahu sekadar angan-angan kosong sahaja. aku dan team akan cuba sedaya upaya. untuk permulaan aku nak cuba masuk Malaysia punya dahulu mana tau kan untuk Butik RG akan dikenali serata dunia... hehehe, Insya Allah. tapi bila aku google tak ada pulak yang Malaysia punya semua Asia sahaja. tak apa percubaan pertama mana tahu rezeki kami menempah nama dia asia kan?



yang sangat penting design kami mestilah memenuhi kreteria islam sejati sebab team kami ni ada pengkritik (kak long aku la tu). dia akan marah jika pakaian yang kami jual tidak menepati dan senang cerita mcm tak sesuai bagi muslimah untuk memakai nya.

kawan-kawan yang sentiasa melawat blog saya ni doakan kejayaan saya yea

You Might Also Like

2 komen

  1. Aminnnn semoga impian team RG Butik akan kesampaian..
    Teruskan usaha kalian..

    ReplyDelete

Instagram

Instagram