Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
cuba baca tajuk aku diatas tu, bukan bermaksud nak mengata tapi ini adalah peringatan pada diri aku sendiri dan kawan-kawan yang boleh terima la kesalahan dan kelemahan diri. Aku sebenarnya mempunya ramai kawan yang rapat mahu pun juga tidak rapat dan ada antara mereka berkongsi masalah dengan aku. aku ni pulak jenis suka dengar je apa yang kawan-kawan nak luahkan pada aku tak kira isu apa sekalipun tadah je telinga mendengarnya.
ada satu isu tu yang menyentuh dan aku rasa sangat terganggu bila kawan aku ini yang aku sendiri tau macam mana karektor dan perangai dia, menceritakan pasal kesalahan orang lain yang sebenarnya dia kena mengaku perkara itu adalah perilaku yang dia selalu lakukan dan bila terjadi nya pada dia yang orang lain buat pada dia dan tidak boleh menerima kenyataan.
hendak sekali aku menyuarakan dalam dunia ini ada karma, apa kau lakukan itu la yang kau akan dapat tapi mulut aku masih tidak boleh menyuarakan perkara itu kerana hendak menjaga air muka kawan aku ini. Peringatan ini aku tuju juga pada diri aku sendiri dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan menyuarakan sesuatu perkataan yang akan diungkap.
entah la, kadang-kadang kita tidak boleh menjadi terlalu jujur dalam sesebuah persahabatan bimbang akan melukakan perasaan mereka. jadi aku sendiri akan sentiasa menjaga dan mendidik hati supaya berwaspada dan berhati-hati dalam pergaulan seharian.
di sini aku pinjam sepotong ayat yang sentiasa kita dengar "what u give u get back". Ungkapan itu sangat dalam dan sangat bermakna. sekian....
hari ini adalah hari terakhir bagi minggu ini aku bekerja dan hari ini la hari yang dinanti-nantikan oleh aku... heheheh sebab esok dah cuti yeeaahhhhaaaaa... soronok dan beronok ronok sangat rasa hati ini. berbunga serta kembang semangkok dah rasa nya.
Dalam Islam pun ada menyatakan yang hari jumaat adalah penghulu segala hari dan hari kiamat adalah pada hari jumaat. Banyak kelebihan hari jumaat ni kan. Kalau dekat Terengganu hari ni adalah hari cuti untuk penjawab awam tapi di Negeri Sembilan sebalik nya. Tak apa la kerja atau cuti kita sama-sama kena beringat yang mati itu pasti.
Hari ini belum lagi berakhir si suami dah ada plan biz dia. Terpaksa lah ikut plan dia esok kalau ikutkan aku, aku nak je duduk rumah santai-santai sambil menonton tv. Memandangkan esok nak keluar malam ni kena la siap2 sikit rumah. Kena basuh kain awal2 dan kemas rumah sikit2 mana yang boleh.
hari ni dah 18/01/2018 kan baru aku nak
bercerita pasal azam aku untuk tahun ni iaitu tahun 2018. azam aku
adalah nak masuk Asia Islamic Fashion week macam WOW kan? belum cuba
belum tahu kan. kalau lah impian aku pada tahun ni menjadi kenyataan
alangkah gembira nya aku.
langkah
pertama kena jadi visitor mereka dahulu dan lihat fasyen macam mana
yang boleh melayakkan kami menyertai dan berdiri bersama pereka fesyen
asia yang lain. designer insya Allah aku ada kawan kepada kawan. tapi
belum pernah tanya pasal bisnes cuma say hai dari jauh. malu kot nak
berkawan dengan orang2 macam tu tapi aku akan cuba dengan sedaya upaya
cuba mampu atau tidak untuk membayar mereka ini.
cita-cita
aku bukak butik memang nak semua orang tahu pasal butik kami. aku tak
mahu sekadar angan-angan kosong sahaja. aku dan team akan cuba sedaya
upaya. untuk permulaan aku nak cuba masuk Malaysia punya dahulu mana tau
kan untuk Butik RG akan dikenali serata dunia... hehehe, Insya Allah.
tapi bila aku google tak ada pulak yang Malaysia punya semua Asia
sahaja. tak apa percubaan pertama mana tahu rezeki kami menempah nama
dia asia kan?
yang
sangat penting design kami mestilah memenuhi kreteria islam sejati
sebab team kami ni ada pengkritik (kak long aku la tu). dia akan marah
jika pakaian yang kami jual tidak menepati dan senang cerita mcm tak
sesuai bagi muslimah untuk memakai nya.
Malam ni rasa sayu sangat rasa nak nangis rasa rindu dan mcm2 rasa la. Tak tau nak ungkap dengan kata-kata. Nak sangat lari ke zaman kanak2 zaman yang tidak perlu untuk berfikir apa2 kecuali main dan main. Zaman tu ada adik beradik yang sentiasa gaduh bila aku dapat sikit makan, berebut makanan yang tak banyak dan bila dapat sikit menangis cakap mak tak sayang padahal aku yang kuat makan.
Gambar sekadar perhiasan.. hehehe
Zaman tu terasa sangat kesusahan abah dan mak membesarkan kami 12 beradik. Macam2 ragam kami tapi yang pasti perangai aku suka menangis. Sikit sikit nak nangis walaupun isu kecik orang cakap? Hati tisu? Hehehehe tu la perwatakan aku dari dulu sampai sekarang.
Sekarang umur abah dah 63 tahun ni mak pulak dah 61 rasa sedih bila tengok tangan mereka mula mengecut, badan pun dah tak sekuat dulu. Abah aku tu seorang yang sangat garang salah sikit dapat la rotan berbirat jugak la kena rotan dekat dia tapi aku jarang kena rotan sebab aku anak yang baik dan mendengar kata.. hehehe yang paling degil waktu tu adik lelaki aku yang no 3 dengan kaklong. Yang lain ada tapi waktu tu mereka kecik lagi.
Masa umur aku darjah 5 aku pandai dah jaga adik2, mandikan adik, cebok berak adik. Ada je adik waktu tu umur tak sampai 1 tahun aku dan kaklong dah pandai buat semua tu sebab tu la kami sangat pandai berdikari. Dulu mak dah bagi2 tugas, aku kena kemas rumah, jemur kain dan lipat kain. Tugas kaklong masak, basuh kain, gi kedai dengan moto sebab tu la aku tak pandai masak sebab jarang tengok mak masak. Sekarng ni kaklong la teror masak kalah mak. Bila kami puji masakan kaklong lagi best dari mak dia selalu merajuk... hehehe mana bleh lawan tokeh kan so kami iya kan aja.
Dulu kalau kena rotan dekat cikgu balik rumah nangis cerita dekat mak, abah dengar bagi lagi satu dass bertambah sakit badan aku. Zaman sekarang anak2 kat sekolah tak boleh kena rotan tak boleh kena denda sikit mak ayah datang maki2. Kesian aku tengok cikgu2 sekarang dah banyak rintangan mereka kena hadap. Dulu cikgu la orang yang paling dihormati selain mak dan ayah. Guru2 kena tabah yea... zaman sudah berubah
Kalau dulu waktu di sekolah mesti ada cikgu yang garang. Biasa masa tu cikgu yang garang selalu mengajar Bahasa Melayu. Kalau tak dapat jawab kena diri atas kerusi tak dapat jawab lagi diri atas meja. Rotan, cubit, pangping, jalan itik dan banyak lagi jenis denda kami lalui. Waktu tu apa denda yang kami kena kami redha sebab tu kami jadi orang sekarang. Kami jadi lagi bertanggungjawab dan lagi boleh berfikir mana yang betul mana yang salah dalam melakukan sesuatu perkara.
Malam ni serius aku rindu keluarga aku.. rindu mak rindu abah rindu adik beradik rindu kampung rindu nak tidur lewat borak2 ngan adik beradik bercerita kisah silam kisah yang tak akan kembali lagi kisah dan sejarah hidup yang sangat bermakna. Memang sampai bila2 tak akan dapat aku lupa.
Sekarang dah pukul 10.34pm mata pun dah ngantuk so jumpa lagi dalam entry baru yea... nite








