demam datang lagi untuk ke sekian kalinya buat putri ibu... dah doktor suspect asma pulak.
aduhai anak ibu sorang ni...
sabtu lepas (27.07.2013) kami sekeluarga ke nilai 3 untuk beli karpet dan barang2 perhiasan rumah. perhiasan lah sangat... huhuhu
kami pergi lepas zohor time tu tahu2 je lah cuaca agak panas, si along dalam keta dah melempeng tapi aku suh dia gagah gak ikut... hehhehe
sekejap je dah 17 hari kita berpuasa. terasa nikmat bulan ramadan yang tiada di bulan2 lain. persiapan raya tahun ni macam tahun2 yang sudah juga hanya ala kadar. tahun ni menu apa nak buat semasa open house yea... hehhehe.. belum habis ramadan lagi dah fikir pasal rumah terbuka pulak. hehhe...
gaji dah dapat tapi persiapan raya blom buat lagi. bukan apa gaji tu kena bayar hutang2 dulu baru lega kepala otak ni nak raya. ni, kalau duit rumah x bayar lagi, bil api, bil air dan semua bil belum bayar... time raya asyik pikir je tu yang xnak tu.
tahun ni aku berdoa kami akan selamat sampai ke kampung dan selamat sampai rumah juga. banyak sangat aku tengok kemalangan jalan raya. boleh di katakan setiap tahun aku tengok.. doa aku bukan kami sahaja yang sampai ke destinasi tetapi semua umat islam yang nak balik beraya akan selamat sampai hendaknya. amin...
smlm berbuka di restoran ar-raudhah jalan rahang... padat giler orang. mcm xberapa selesa sgt ar tp makanan boleh tahan lah sedap. kalau bagi markah dr 5-1 aku bagi 3.
dia restoran biasa tapi tempahan yang diambil terlalu ramai. eeemmm... pinggan, mangkuk, sudu, cawan pn xkutip. yang baru xde dkt tpt yang sepatutnya. kira tak x cukup kakitangan lah kiranya.
harga aku xtahu coz sykt blanje... so jemput makan yea...

