program kami
Friday, December 08, 2017bila kita telah memilih untuk bahagia semua perkara berjalan dengan lancar walaupun ada manusia dan faktor persekitaran yang akan menggugat kebahagian kita. kita tidak perlu menuding jari pada sesiapa sedangkan kita sendiri tidak mahu membahagiakan diri sendiri.
aku mengeluarkan kata-kata atas dasar pengalaman pada diri sendiri, dan sekarang aku lebih matang dalam melalui perjalanan kehidupan walaupun suami cakap perangai masih macam kebudak-budakan.
ni time gi show kucing dekat Shah Alam, lama gak la layan en suami tengok kucing dan cantik2 kucing tu. walaupun aku kureng sikit dengan kucing ni tapi aku bukan benci kucing tau cuma kurang minat dengan kucing, aku akui memang kucing2 dekat show ni terbaeeekkk dan sangat cantik. bulu memang lawa2.
lepas show tu en suami bawak kami ke Icity Shah Alam tak jauh pun dari tempat kami tengok show kucing tu. sebenarnya tak plan pun nak pergi ke Icity tu, dengan tak pakai kasut gamble je masuk dalam ice room tu tapi kami 2 beranak (aku dan adik) relax je masuk, sejuk bukan main lagi tapi nak main punya pasal apa2 pun boleh... hehehe
en suami tak tahan sejuk walaupun dia sorang je antara kami yang memakai kasut, boot plak tu... dia tahan 10 minit je. dia cuma tunggu dekat belah luar yang tak sejuk. aku ngan putri apa lagi jadi kanak-kanak riang la main ais... tak dapat ke over sea dapat yang buatan manusia pun jadi la kan. mana tau kot2 ada rezeki kami leh rasa yang original punya... Insya Allah
lepas hajat main ais kami masuk ke galeri 3D plak. banyak sebenarnya tempat menarik dalam ICT ni cuma masa yang tak mengizinkan kami masuk semua tempat. sampai sana dah pukul 4.30 petang. tapi masa kami masuk dekat ice tu tak berapa ramai la pengunjung mungkin masih awal.
kami berlegar-legar di bahagian luar dulu sebelum masuk ke 3D sebab kesejukan... ambil angin panas kat belah luar dulu. rasa jari jemari beku kejap. masa dekat dalam dah rasa nak kejang je tubuh badan tapi boleh tahan sebab xcited punya pasal.
putri la yang paling hepi, sikit2 tanya je nak gi mana pulak lepas ni.. dah penat tak terlayan karenah si putri. apa-apa pun enjoy sangat... thanks en suami
0 komen