wanita terbahagia

Thursday, September 21, 2017


Dr. Aid al-Qarni mencatatkan dalam salah sebuah karyanya, “أسعد امرأة في العالم ” – Wanita Terbahagia Di Dunia tentang dalam mencapai kehidupan yang bahagia; anda harus:
  1. Lakukan perkara yang anda suka. Sekiranya tidak dapat, cari hobi yang anda suka dan lakukannya di waktu-waktu lapang dan mahirkannya.
  2. Jaga kesihatan diri kerana ia adalah jiwa kebahagiaan. Ini bermaksud, makan dan minumlah sekadarnya, lakukan senaman berjadual dan elakkan daripada mempunyai tabiat buruk.
  3. Punyai cita-cita atau impian dalam hidup, kerana dengan bercita-cita, ia akan menjadi satu motivasi dan semangat untuk merealisasikannya.
  4. Hadapi kehidupan seadanya dengan menerima yang pahit mahupun yang manis.
  5. Hidup dalam realiti, bukan denngan menyesal untuk yang sudah lepas dan terlalu risau akan hari esok yang belum tentu tiba.
  6. Berfikir sedalam-dalamnya akan sebarang tindakan atau keputusan yang diambil dan jangan menyalahkan orang lain atas setiap keputusan yang diambil atau kesan daripada keputusan yang kita putuskan.
  7. Lihat pada mereka yang lebih susah daripadamu.
  8. Amalkan sikap suka memberi senyuman dan bersikap ceria, dan bertemanlah dengan mereka yang bersikap positif.
  9. Bersungguh-sungguh membahagiakan orang lain supaya kita terkesan dengan keadaan sekeliling yang membahagiakan.
  10. Anggap kebanyakan kejadian dalam kehidupan sebagai yang membahagiakan dan melapangkan dan jadikan ia sebagai salah satu sebab untuk memperbaharui kebahagiaan .
Dan, akhir sekali, nikmatilah hari ini dengan sepenuhnya dan carilah perkara-perkara yang boleh menghalang sebarang penderitaan sebelum ia datang menyerang.

You Might Also Like

2 komen

  1. Bukan mudah menjadi seorang wanita..
    Wanita adalah seorang yang banyak berkorban untuk kebahagian orang lain berbanding dirinya sendiri..

    ReplyDelete

Instagram

Instagram