Hari2 yang lalu

Tuesday, August 02, 2016

Dulu pernah cikgu cakap masa aku dibangku sekolah bahawa masa di sekolah adalah masa yang aku akan rindui. Dulu kami tak faham maksud kata2 cikgu sehingga kan masa berlalu dengan pantas.

Sangat tepat apa yang diungkapkan oleh cikgu bahawa zaman sekolah la zaman yang paling best. Zaman bersama rakan2 sekolah, suka dan duka semua dikongsi.

Serius korang, aku sangat2 rindu saat zaman persekolahan walaupun sentiasa didenda oleh cikgu sebab kesilapan sendiri tapi aku tetap rindukan saat tu... sangat2

Telah berpuluh tahun meninggalkan zaman tu tapi memori nya sangat kuat dalam ingatan aku. Rakan2 gaduh, kawan2 yang sama2 simpan rahsia, rakan2 aktif sukan, kawan2 gosip... semua aku ingat...





Gambar2 diatas cuma sebahagian kecil sahaja, memori lain masih padat dalam kotak ingatan dan tersimpul mati.

Walaupun masing2 telah berkeluarga tapi ikatan persahabatan masih utuh dan kukuh buat aku dan rakan2 baik. Semoga persahabatan aku akan sentiasa mekar sehingga hujung nyawa... amin

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram