Rokok vs vape
Tuesday, November 10, 2015
Gambar sekadar hiasan
Kepada perokok tegar dan vape sila baca dan semoga ia menjadi pedoman kepada anda.
Lelaki umur 40an itu merenung saya. Suram. Sambil terbatuk-batuk dan bunyi nafas bersiulan dan kencang.
"Encik Zxxx , paru-paru encik dah rosak sepenuhnya. Keupayaan encik untuk bernafas dengan normal dan baik sudah terjejas. Encik masih merokok lagikah?"
Angguk lemah.
"Sekarang ni, saya kena bantu pernafasan encik dengan menggunakan mesin pernafasan sebab kandungan karbon dioksida encik terlalu tinggi. Bila-bila masa sahaja pernafasan encik boleh terhenti."
BiPAP (sejenis mesin pernafasan) dipasangkan kepada Encik Zxxx.
24 tahun merokok - hampir sepuluh batang rokok sehari. Setahun kebelakangan ini diselang-selikan dengan Elektronik Cigarette atau nama famousnya Vape.
"Doktor, pesakit katil 8 collapse!"
Bergegas pergi ke katil 8.
Encik Zxxx terkulai. Tiada respons. Nafas terhenti.
" Start CPR. 2 minutes push fast and hard. Standby IV Adrenaline 1mg!"
Houseman berpeluh-peluh membuat CPR. Bukan mudah. Memberi tekanan sedalam separuh ketebalan ruang dada selaju minima 100 kali per minit untuk 2 minit. Ujian untuk otot-otot yang tidak sado.
4 minit masa berlalu.
"Prepare intubation set! Continue CPR!"
Tiub pernafasan dimasukkan ke dalam rongga pernafasan.
Pesakit kembali - berjaya mendapat nadi. Pernafasan diteruskan dengan bantuan melalui bag pump oxygen.
Pakar bius dipanggil - memohon untuk mesin bantuan pernafasan (ventilator). Dimaklumkan bahawa mesin pernafasan hanya tinggal satu set sahaja yg boleh digunakan - malam masih muda (9 malam) - jika ada pesakit lain yg collapse atau kritikal bermaksud kemungkinan besar pesakit lain itu tidak akan mendapat mesin bantuan pernafasan.
Encik Zxxx dimasukkan ke dalam ICU.
Bacaan paras Karbon Dioksida beliau mencapai tahap yg sangat tinggi. Kesan nicotine yg berjaya merosakkan sel-sel paru-paru dan melemahkan fungsi pernafasan beliau.
Seminggu beliau tinggal di ICU.
Isteri yg sedang mengandung sugul dan sabar menanti setiap hari. Memeluk dua orang anak yg masih tidak mengerti.
Penghujung hari ke 10, saya melihat beliau di wad.
Sudah pulih. Tidak memerlukan oksigen. Diberi pelbagai ubat-ubatan untuk mencuba mengatasi kesan penyakit paru-paru beliau (COAD - Chronic Obstructive Airway Disease). Diberi kaunseling untuk berhenti merokok dan berhenti Vape.
"Encik Zxxx boleh balik ke rumah hari ini. Temujanji dengan doktor lagi 3 bulan akan datang."
Senyum. Angguk. Ceria lega bernafas.
Kos rawatan dibayar - rm 350.
Kos sebenar - rm 12000 (rawatan ICU, bekalan ubatan, bil wad)
Kos erti hidup - tidak ternilai.
3 bulan kemudian.
Encik Zxxx datang ke klinik.
Simptom paru-paru masih lagi ada setiap hari walaupun diberi ubat maksima.
Ketika memeriksa beliau, ada bau "apple smoke" tersisa di nafas beliau.
"Encik masih Vape lagi?"
Tunduk. Diam.
Saya menggeleng kepala.
" Mungkin patut saya mencadangkan Encik Zxxx untuk menyediakan tabungan bagi keluarga kerana Encik berisiko tinggi untuk menghadapi suasana kritikal seperti yg pernah terjadi. Dan saya tidak tahu nak meramalkan apa nasib Encik nanti."
Mata beliau terbeliak. Muka berubah. Masam mencuka berlalu pergi.
1 bulan kemudian - sedang membuat rondaan di wad, kelihatan Encik Zxxx di katil 42 - disambungkan kepada mesin pernafasan - tidur, nafas berombak. Kali ini bukan di ICU - kerana ICU sudah penuh.
" Dia masuk balik, doktor.." bisik Houseman.
Malam itu saya mendapat panggilan dari Medical Officer saya:
" Patient bed 42 suddenly stopped breathing. Kami cuba resuscitate tapi he is gone. Cause of death saya letak sebagai Non infective Acute Exacerbation of Chronic Obstructive Airway Disease."
Kembali ke rahmatullah.
Punca Kematian sepatutnya diletak sebagai "kesan daripada merokok dan Vape".
Sayang sekali....
- Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yg kamu dustakan?
Surah ar Rahman -
* Cerita dikarang berdasarkan himpunan pengalaman bekerja di wad perubatan.
2 komen
Kalaulah perokok tegar semudah itu.
ReplyDeleteAlhamdulillah pasti syarikat rokok tidak akan menaikkan harga rokok ataupun tutup terus.
Namun yang menjadi masalah permintaan sentiasa ada walaupun harga rokok dah sama dengan harga seekor ayam bandar :-(
setuju sangat dengan MRS.A
Delete