Abah pencen

Thursday, September 10, 2015

Tak sangka sangat bulan 10 ni abah dah pencen. Sekejap sangat masa berlalu, rasa mcm semalam je aku habis sekolah menengah.

Abah...
Seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat jujur dan amanah. Dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan. Walaupun ada masa aku sangat takut dengan ketegasan dia tp aku sangat sayang dan menghormati dia. Dalam kehidupan dia, beberapa tahun ni la dia rasa selesa dari segi kewangan mahupun kemahuan diri sendiri.

Selama ni dia hanya berfikir macam mana nak besarkan anak2 yang seramai 12 orang. Sampaikan satu masa dia terpaksa masuk ke hutan mencari kayu untuk di buat minyak wangi. Aku tak tahu apa nama kayu tersebut.

Aku masih ingat waktu dia bersama seorang kawan yang sangat rapat iaitu pakcik jusoh masuk ke hutan... dan aku tak pernah tahu pun waktu tu yang abah pernah sesat dalam hutan beberapa hari. Dengan tiada bekalan mereka hanya tawakal dalam mencari jalan keluar. Mungkin Allah nak tunjukkan kepada 2 sahabat ini betapa DIA maha kuasa...
Selepas beberapa hari baru abah balik dengan selamat. Berkat kesabaran dan tawakal mereka... Alhamdulillah

Abah, 
Aku ingat lagi waktu aku di sekolah menengah gaji abah waktu itu hanya rm500++. Walaupun aku mendapat biasiswa, ringan la sikit beban abah tp masih ramai adik beradik aku bersekolah.. abah mampu membesarkan kami dengan sempurna sekali.

Sekarang aku rasa sangat rindu kan dia. Rindu suara dia... rindu kebengisan dia.. walaupun kami jarang berborak, hati aku sangat rindu saat2 aku kecik2 dan membesar dengan didikan dia.

Abah, 
Walaupun dia sangat tegas tp dia seorang yang sangat sensitif. Mudah mengalirkan air mata dan mudah tersentuh hati. Walaupun anak2 banyak perangai dan karenah dia mampu tanggani dengan sempurna. Aku tahu dia sangat takut dengan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, takut tidak mampu mendidik kami adik beradik ke jalan yang diredhai oleh Nya.

Abah, 
Anak mu ini sangat bangga dapat seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Walaupn ramai antara kami adik beradik yang telah berumahtangga, dia sentiasa bertanya soalan2 pada mak.. memang betul la apa orang cakap, walaupun mereka tak direct berhubung dengan kita mak la yang akan update pada dia.

Abah, 
Semoga abah akan gembira dengan kehidupan sekarang. Boleh lupakan jerit perih mencari sesuap nasi buat kami adik beradik.

Dengan nama Allah saya sangat sanyang pada abah... semoga abah sentiasa sihat dan bahagia disamping mak dalam menempuh liku2 kehidupan ini... amin

You Might Also Like

4 komen

  1. Selamat bersara diucapkan kepada Abah yang empunya blog.
    Waa... sudah tukar template la..

    ReplyDelete
  2. semoga Abah dikurniakan kesihatan yang baik..:)
    salam perkenalan dari follower #177

    Tips asingkan tempat tidur anak

    ReplyDelete
  3. Mrs A lawa x template br saya... heheb

    ReplyDelete

Instagram

Instagram