Perkara sebenar (03.04.15)

Monday, April 06, 2015

Semalam cerita along kena tumbuk oleh rakan sekolah.

Hari ini en somi ke sekolah untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Aku tak ikut sebab aku kerja. Cikgu menceritakan bahawa budak yang tumbuk haqim tidak datang ke sekolah. Cikgu ckp lagi bahawa pelajar ini memang bermasalah. Maksud bermasalah tu adalah sentiasa ponteng sekolah.

Hubby telah mengetahui dimana tempat kediaman pelajar tersebut dan terus ke rumah pelajar tersebut bersama along. Hari ni along mc sebab bengkak yang dialami.

Tiba di rumah, hanya ibu nya sahaja yg ada. Anak nya tiada. Mungkin ponteng lagi... walaupun anaknya dikenakan tindakan gantung sekolah tapi hukuman itu belum dijalankan.

Masih tak puas hati kerana belum berjumpa pelajar yang dicari. Suami ambil keputusan untuk datang kembali waktu malam.

Sekitar pukul 8 malam, suami pergi lagi ke rumah pelajar tersebut. Pelajar dan ayah nya berada di rumah. Ayahnya memihak kepada anaknya. Suami tanya kenapa dia pukul along, alasan along cakap ayahnya bapuk. Along menafikan sekeras kerasnya.

Suami meminta anaknya memanggil kawan2 pelajar tersebut. Suami cerita, sebab aku tidak sama joint dalam perjumpaan ini bahawa rakan2 pelajar tersebut datang beramai ramai. Boleh dikatakan dalam 20 orang.

Suami bertanya siapa yang dengar along mengeluarkan kata kata bahawa ayahnya bapok... tiada siapa antara rakan2 pelajar tersebut yang berani tampil. Bila suami naik angin mana budak yang ckp tersebut, sorang demi seorang meninggalkan rumah pelajar tersebut. Mungkin takut dengan sikap suami yang bertanya dengan garang.

Suami gertak pelajar dan ayah nya bahawa jika pihak kami report polis, sah2 anaknya akan di tangkap tp suami hendak settle dengan cara baik. Dengan cara profesional. Suami cerita lagi bahawa ibunya adalah orang melayu dr terengganu kahwin dengan orang serawak dan tidak tahu status keagamaan kerana ibu dan ayahnya bertatu.

Terkejut aku mendengar cerita dr suami. Beristigfar aku sebentar. Suami aku beritahu kepada pelajar tersebut supaya tidak jadi gengster kerana dia adalah pelajar dan bangsa melayu.

Suami menasihati bahawa kenapa nak bergaduh antara melayu dan tak settle dengan cara baik.. kenapa mesti bertumbuk. Ini sikit, kalau isu ini jadi besar dia akan dihantar ke sekolah jahat.

Harap pelajar tersebut dan keluarga nya akan di rahmati Allah... begitu juga dengan aku sekeluarga.

Ya Allah, lindungi la aku dan keluarga dari sebarang kesulitan hidup... amin

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram