kenduri kawen kak long & eni

Wednesday, February 17, 2010

wah rasa penat dalam perjalanan jauh masih aku rasa.

khamis (11.02.2010)
kami bertolak pulang ke kampung lebih kurang pukul 5pm. sampai jempol paktam (pak sedara hubby) suh singgah makan jap. makan punya makan lepas magrib baru kami bertolak balik ke kampung ku. perjalanan kami memakan masa dalam 4jam. penat bukan kepalang rasanya (ayat sastera.. huhuhuh).

perjalanan kami tempuhi dengan lancar. alhamdulillah kami selamat sampat dalam kira2 pukul 12.30am. adik2 semua dah tido cuma tinggal mak ngan adik lelaki aku yang masih berjaga menanti ketibaan kami sekeluarga.

jumaat (12.02.2010)
jiran2 dan orang kampung datang ke teratak ghazali & rodia (umah mak n abah aku ler tu) untuk membantu apa yang patut kat dapur. aku pulak xpat nak tolong coz si putri demam, dia asyik merengek jer.. lepas magrib hubby ajak aku g kuala terengganu utk ambk mak sedara n pak sedara aku yang datang dari singapore iaitu cik minah, cik mona, wak ru, wak rapai, wak tumari n wak salmah (adik beradik n ipar duai mak).

sabtu (13.02.2010)

IMG_1406.JPG

kak nie & abg awe.jpg nie gambo eni n suami (aku lah yang snap gambo nie, ada macam fotografi x? huhuhu....)

kak long abg long.jpg gambo kak long n suami (aku gak snap gambo nie)


IMG_1672.JPG semoga bahagia sehingga ke akhirnya...

IMG_1669.JPG selamat pengantin baru dan semoga kekal ke hujung nyawa...

IMG_1660.JPG sempat lg wat lawak nie... pengantin moden

IMG_1571.JPG time makan beradap


IMG_1601.JPG


IMG_1546.JPG

IMG_1601.JPG pandang2 jeling2...

IMG_1536.JPG

IMG_1533.JPG

IMG_1481.JPG

IMG_1490.JPG IMG_1471.JPG


IMG_1485.JPG


IMG_1467.JPG adik beradik perempuan bergambar ngan kak long


IMG_1494.JPG hubby n i bergambar ngan pengantin

pagi nie ada lg adik beradik mak (wak amin, wak nor & wak tipah) sampai dari singapore lebih kurang pukul 9am sampai umah. kedatangan mereka lagi memeriahkan suasana di rumah mak n abah. dalam pukul 11am rombongan terakhir adk2 (cik sue & cik razak bersama2 anak, bibik kom & pakman jumari bersama anak2) mak sampai dengan kereta yang sebelum nie datang ngan bas. tapi pakman jalil kol dia lambat skit coz dia check in di cerating, malam baru sampai. xpelah coz dia ada anak kecik.

lebih kurang dalam pukul 12pm bermulalah episod kenduri di rumah ghazali & rodia, ramainya kenalan abah yang datang biasalah dia tu ramai orang kenal. xputus2 para jemputan yang datang. pengantin lelaki lambat sikit sampai lebih kurang dalam pukul 2.30pm. hubby sibuk ngan set karaoke dia tu. layan gak 2-3 lagu tu.. ish2 bg lah kat orang lain menyumbangkan suara yang sumbang tu.

hari nie kenduri berjalan dengan lancar dan teratur, lauk-pauk pun cukup.. alhamdulillah. malam plak semua lepak keletihan termasuk aku.

ahad (14.02.2010)
hari nie valentine day lah, mati2 aku xingat coz aku bukan meraikan pun apatah lg hubby aku tu. dia cakap membazir bg bunga, dulu penah gak dia bagi coklat tp skarang nie tiap2 minggu dia bagi coklat tu yang debab skit tu(skit ker debab nya? huhuhu...) cik sue & cik rasak sekeluarga ngan bibik kom & pakman jumari sekeluarga lepas gi shopping di kuala terengganu terus balik ke johor bharu kerana mereka menyewa di sana. mereka cakap best duduk di malaysia, semua murah.

hari nie xde buat apa2 tp hubby ngan awie (adik lelaki aku) jadi pemandu pelancong pada pak n mak sedara kami gi pasar payang utk shopping. harap2 dapat murah lah. aku plk gi kenduri kawan aku kawen ngan abah, mak, ena, kak long & suami n eni & suami dekat kuala berang.

pukul 12am cik sue sms cakap dah sampai umah. alhamdulillah, selamat sampai mereka

isnin (15.02.2010)
pagi2 lh kol 5.30am abah dah kejutkan semua orang. orang singapure pun bersiap nak balik sana ngan bas kol 8.30am. abah dah carta teksi utk mereka g stesyen bas ke kuala terengganu. kami pulak tengah bersiap2 nak anta pengantin ke besut n kuala krai.

pukul 8.30am pengantin xsampai2 lg dekat tpt kami berkumpul. mereka pegi ke kedai andaman utk make up. pukul 9.00am xsampai2 lg en ghazali dah bising coz kawan2 n sedara mara yang nak gi ngantar skali dah lama tunggu, huhuhuh....

dalam pukul 10am baru nampak kelibat 2 pasang pengantin nie. kak long nak kena antar ke besut manakala eni ke kuala krai.


IMG_1422.JPG nie kat besut umah abg mie (skarang abg long)

sampai umah abg mie pukul 12.30pm (lebih kurang lah) masa nak gi ke umah abg mie kami sesat. dalam 5 buah kereta sesat, hehehehe... konvoi kami 20 buah kereta.

IMG_1427.JPG nie umah awe (malhazam)...


IMG_1408.JPG wah eni, mertua payung kan nampak


IMG_1455.JPG adik bradik lelaki bergambar ngan eni sebelum meninggalkan dia di rumah mertua

pukul 4pm baru sampai umah si awe. puas ati en ghazali dah selesai semua. lepas antar eni ke umah mertua dia kami meneruskan perjalanan ke rumah kawan abah di kota bharu. kami tumpang mandi n sembahyang di sana.

pukul 8pm kami meneruskan perjalanan lg ke wakaf che yeh. mak datuk jem nya macam dekat kuala lumpur daa. di sana aku beli keropok untuk bawak balik esoknya. banyak jugak aku borong. kami teruskan perjalanan balik dalam pukul 12.30am.

dalam perjalanan balik abah nak terbabas di selekoh. cuak jugak kami rasa coz abah susah nak ngantuk tp kerana terlalu penat dengan kenduri abah boleh terlelap. kami sampai umah pada pukul 2am.

selasa (16.02.2010)
tiba masa aku sekeluarga balik ke seremban. hari nie abah n ena keja, adik zakiah skolah.. yang lain ada di rumah. kami bertolak pun lambat, dalam pukul 2.30pm baru kami jalan. mak n abah nasihatkan supaya kami berhati2.

banyaknya kereta di bukit besi-jabor. kereta laju2 termasuklah hubby aku bawak keta. mereka cakap kalau bawak pelan2 nnti ngantuk. ati2 abg ada nyawa tersayang didalam kereta. lepas keluar highway jabor, masuk gambang kami berenti rehat jap. time tu dah pukul 6pm. kami teruskan perjalanan kami pada pukul 6.45pm.

sampai di jempol pukul 7.30pm. kami singgah kat umah paktam samad utk antar keropok. xlama pun kami singgah dalam setengah jam jer. pukul 8pm kami teruskan lg perjalanan ke seremban. hubby dah penat, kesian dia.. dia memang xbagi aku bawak keta kalau perjalanan jauh.

sampai jua akhirnya ke rumah pukul 10pm... mak datuk penatnya. semua pengsan pukul 12am. begitulah perjalanan kami pada cuti tahun baru cina. penat, letih dan selamat semua nya.. alhamdulillah... amin.

tahun depan mungkin ena pulak. abah cakap buat ala kadar jer.. heheheh, dia dah xlarat. kesian.. tapi kalau ada rezeki mesti buat besar jugak. en ghazali tu bukan nya calang2 orang kat kampung, semua orang kenal dia...

inilah pengalaman yang memang aku tak dapat lupakan. untuk abah, ramai lagi anak dara abah yang akan kawen, sabarlah abah yea. untuk mak, mesti gembira mendapat menantu yang baik2 dan bertanggungjawab. ( harap2 )

You Might Also Like

2 komen

  1. mesti seronok semua sedara mara berkumpul ;-)

    ReplyDelete
  2. chik na: memang seronok giler. susah nak kumpul ramai2 cam nie.

    ReplyDelete

Instagram

Instagram