Harapan ibu bapa

Thursday, February 18, 2010



Kepada anak-anak ku...

suatu hari nanti apabila
kamu melihat kami menjadi
tua, lemah, pelupa dah tak
bermaya

bersabarlah anak-anakku
dan cuba memahami diri kami

jika kami makan dan mengotorkan
dan
kami tidak boleh memakai
baju dengan sendirinya

bantulah kami dan ingatlah
sewaktu kami memberi
makan dan memakai
pakaian kamu ketika masih
bayi yang kecil

jika kami bercakap dengan kamu
kami mengulanginya lagi
benda yang sama
janganlah tidak mempedulikan
tumpukan perhatian kepada kami

ketika kamu kecil
kami membacakan buku cerita
yang sama sehingga kamu tertidur

jika kami tidak mahu mandi
dan janganlah memalukan
dan memarahi kami
ingatlah ketika kamu kecil
kami menyuruh kamu mandi
dan kamu memberi pelbagai alasan
kami tetap bersabar dengan karenahmu
wahai anak-anak ku

jika ada benda-benda baru
yang kami tidak tahu
ajarlah kami dengan lemah lembut
ingatlah kami telah mengajar
banyak perkara-perkara baru
ketika kamu kecil
makan dengan cara yang betul
memakai baju dengan betul
dan bersolat serta mengaji al-quran

jika kami tidak mahu makan
janganlah terlalu memaksa kami
kami akan makan bila sampai masanya

hulurkan tangan sewaktu kami
tidak mampu berjalan
seperti waktu kamu
baru mula belajar berjalan

janganlah kamu marah
akan keadaan kami
kerana suatu hari nanti
kamu akan faham akan
keadaan kami
sedekahkan al-fatihah
sekiranya kami di alam barzakh
doakan akan kesejahteraan kami
setiap kali selesai solat

sesungguhnya sebaik-baik
yang kamu makan
adalah dari hasil usaha
kamu sendiri dan
sesungguhnya kelahiran
anak-anak kamu
adalah dari hasil usaha
kamu sendiri
(riwayat al-bukhari)

kami sayang kamu semua
wahai anak-anak ku..

Rasulullah s.a.w bersabda
baginda memberitahu kamu
supaya taat kepada Allah
dan Rasulnya sentiasa
selepas itu taatlah
kepada ibumu
kemudian ibumu
kemudian ibumu
kemudian ayahmu..

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram