Salam Ma'alhijrah : Doa akhir & awal tahun Hijrah
Wednesday, December 16, 2009
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar (sebelum waktu Maghrib) pd akhir bulan Zulhijjah (means petang 17 Dec 09)
Ertinya:
Segala puji hanya bg ALLAH, Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan bsr Nabi Muhammad (SAW) serta ahli keluarga baginda & para sahabatnya.
Ya ALLAH, seseungguhnya pd tahun ini aku telah melakukan laranganMU tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan ENGKAU tidak reda & melupai perkara itu. ENGKAU telah menangguhkan azabMU yg telah ditetapkan kepadaku. ENGKAU telah memerintahkanku supaya aku bertaubat dr kesalahan itu. Sesuungguhnya pd hari ini aku memohon keampunan dariMU, ampunilah aku & apa yg telah aku lakukan pd tahun ini yg ENGKAU redai dan ENGKAU janjikan pahala maka aku memohonnya dr ENGKAU Ya ALLAH, Ya Karim ya Zaljalaliwalikram.
Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda & para sahabatnya. Segala puji hanya bagi ALLAH Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Amin...
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pd malam 1 Muharam (malam Jumaat 17 Dec 09)
Ertinya:
Segala puji hanya bg ALLAH, Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan bsr Nabi Muhammad (SAW) serta ahli keluarga baginda & para sahabatnya.
Ya ALLAH, ENGKAUlah yg kekal abadi utk selama-lamanya. Demi kelebihanMU yg Maha Agung & kemurahanMU yg melimpah, sesungguhnya pd tahun ini aku memohon kepadaMU perlindungan dr syaitan yg direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya & penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dr nafsu amrah yg sentiasa mendorong ke arah kejahatan & melalaikan dgn perkara yg tidak berfaedah drpd mendekatkan diriku kepadaMU.
Selawat & salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda & para sahabatnya. Segala puji hanya bagi ALLAH Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam. Amin...
0 komen