Cinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin?

Saturday, December 12, 2009


Cinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin?

Hmmm berlainan bunyinya, untunglah kamu jika cinta selepas kahwin sbb selamat dari dosa dan dapat menzahirkan cinta tanpa ada batasannya.

Cinta selepas kawin memerlukan pengorbanan lebih sket sbb masa utk mengenali pasangan dan belajar memahami sikapnya serta mewujudkan keserasian bersama adalah berlaku pada waktu yg sama. Maklumlah, sebelum kahwin tiada peluang utk mendekati dirinya.

Kawan2 yang cintanya bermula selepas kahwin macamana yer?

Dan bagaimana pula cinta sebelum kahwin??
hmmm part ni yang bes nya kita dapat kenali pasangan sebelum dia bergelar suami/isteri kita. Kita masih boleh pilih2 pasangan yg serasi dgn kita, boleh kenal hati budinya dan background diri dan keluarganya, ia lah, takut tersalah pilih!

Oppsss... tapi cinta sebelum kahwin kena hati2 sbb pergaulan kita ada batasannya.. maklumlah dosa senang aje nak jadi, pahala tu yang susah nak jadi time ni... so berhati-hatilah...

Cinta sebelum kahwin, masa ni lah masa paling tepat utk kita menguji samada pasangan kita 'bagus' atau 'tak bagus'. Maklumlah, kita nak hidup lama bersama pasangan, so kena pandai-pandai lah pilih pasangan yer ;).

Walau apa pun, bergantung pada seseorang itu utk memilih samada bercinta sebelum kahwin atau selepas kahwin.Tapi ingat, cinta datang tanpa diduga, lahir tanpa dipaksa, berlalu pergi jika dibiarkan saja, berbunga bila dibaja :).

Apa kata kawan2 mengenai survey di bawah ini? dan jom kita berkongsi pengalaman masing2 di ruangan komen.jom kita zoom.

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram