Hari malang kami: Fergie

Wednesday, December 16, 2009

Ferguson kecewa


United tidak tertekan kalah kepada Villa, Chelsea megah di puncak EPL

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson enggan membiarkan dirinya dijejaskan oleh kekalahan mengejut 1-0 di tempat sendiri kepada Aston Villa, kelmarin yang gagal menghukum Chelsea yang keciciran mata.

Juara bertahan itu sepatutnya kini memiliki jumlah mata sama dengan Chelsea di atas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pendahulu itu diikat 3-3 di tempat sendiri oleh Everton. Tetapi akhirnya mengalami kekalahan pertama di tempat sendiri kepada Villa sejak 1983 selepas gagal membalas tandukan Gabriel Agbonlahor.

“Kami berkampung dalam kotak penalti mereka bagi hampir keseluruhan separuh masa kedua dan mempunyai banyak peluang baik,” kata Ferguson kepada MUTV.

“Kami hanya memerlukan satu gol untuk kembali dalam perlawanan dan ia mungkin berubah daripada saat itu; ia adalah salah satu hari yang menyaksikan semuanya tidak kena.

“Saya fikir kami berhak mendapat sesuatu daripada persembahan separuh masa kedua. Tidak banyak yang membezakan kedua pasukan pada separuh masa pertama dan terdapat peluang pada kedua-dua gawang. Mereka memiliki sedikit kelebihan dan berhak mendapat gol. Tetapi kami terus mengasak mereka selepas rehat dan mempunyai banyak peluang tetapi gagal mengambil kesempatan.”

Kemenangan bermakna Villa kini sudah menewaskan tiga daripada kumpulan ‘Big Four’ - United, Liverpool dan Chelsea - musim ini.

“Sudah pasti terdapat orang yang membuat kaitan itu, dan saya gembira untuk memenanginya,” kata pengurus Villa, O’Neill ketika ditanya mengenai cita-cita pasukannya selepas kejayaan itu.

“Empat pasukan terbaik dalam negara ini bertahan buat beberapa tahun, selain Everton, adalah pasukan terbaik dan dalam 38 perlawanan mereka akan berada di atas.

“Musim ini rekod kami menentang empat pasukan terbaik adalah cukup bagus dan saya cukup gembira,” tambah bekas pemain tengah Ireland Utara itu. - Agensi

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram