PERIOD hari sensitif?

Saturday, December 12, 2009

Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
dua tiga dapat kucari
mana nak sama cik abang seorang


Apa yg suami/teman lelaki perlu tahu bila isteri/teman wanita sedang PERIOD..?

1. Cik abang kena lah faham kalu cik adik tetiba moody atau tetiba ajer marah-marah. Cik abang kenalah cool down masa tu, jangan marah cik adik balik, seeloknya berdiam diri sampai keadaan reda, kalau tak, pertengkaran kecil boleh berlaku n kedua-dua belah pihak akan jadi frust.

2. Hari terakhir sebelum PERIOD, hari pertama, kedua dan ketiga semasa PERIOD biasanya time tenat, maknanya cik adik akan mengalami rasa cepat penat, letih, moody, kurang selesa ataupun sakit pada bahagian tertentu badan.... so cik adik perlukan banyak rehat. Peranan cik abang time ni ialah jangan terlalu banyak suruh itu ini dan kalau boleh tolong ringankan kerja rumah/ bantu apa yg patut. Kalau suami picit-picitkan badan isteri time tu lagi bagus :) hehehe indahnya dunia :D

3. Suami/teman lelaki jangan bercakap isu sensitif ketika bersama isteri/teman wanita. Silap haribulan niat bergurau tadi akan mencetuskan suasana kelam dan keruh.Seeloknya jagalah hati isteri/teman wanita ketika itu.

4. Maknanya sikap memahami dan ambil berat suami/teman lelaki amat penting waktu isteri/teman wanita sedang period. Wahh lelaki kena kerja kuat sket lah yer :)


Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati


Isteri/teman wanita akan rasa lebih dihargai jika suami/teman lelaki nya memahami perasaan dan keadaan kesihatannya ketika itu.

Peranan isteri/teman wanita ketika ini juga adalah amat penting untuk tidak mengeruhkan keadaan ketika sedang PERIOD. Maknanya isteri/teman wanita sendiri kenalah belajar kawal perasaan sendiri agar tidak menunjukkan muka moody atau mudah nak marah ketika berhadapan dgn sesuatu perkara, baik di depan suami/teman lelaki atau selain drp itu.

Biasanya bukan sengaja nak moody tapi hormon-hormon yg aktif ketika itu akan mempengaruhi wajah kita menjadi sedikit kusam/masam.

Mendapatkan rehat yg secukupnya adalah amat penting supaya badan kita kembali normal dan sihat. So, badan sihat, senyuman pun menawan!

Time PERIOD kita memerlukan air putih yg cukup utk mengimbangi keperluan air di dalam badan. So jangan lupa minum air putih secukupnya! Kekadang kita rasa kerap dahaga waktu ini dan secara automatik kita kerap minum air putih lebih drp hari2 biasa.


Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Sayang emak sayang saudara
Kerana Kasih hamba turutkan....

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram