sila renung-renungkan
Wednesday, September 02, 2009Bertarikh 1 Julai 2009, satu lagi sejarah hebat tercipta di Malaysia. Sejarah hebat yang sungguh pahit untuk dikenang dan sama sekali tidak boleh dimaafkan.
Akhbar Utusan hari ini melaporkan kisah tragis kematian seorang bayi perempuan yang telah direndam hingga mati oleh seorang seorang lelaki di dalam baldi cat.
Sukar untuk kita bayangkan bagaimana keadaan bayi tersebut ketika diperlakukan sedemikian. Insan kecil yang tidak mempunyai apa-apa kudrat untuk melawan, diperlakukan sedemikian rupa.
Ketika ini, diriku diulit rasa kesedihan yang menyebakkan. Aku diulit kesedihan bila mengenangkan nasib yang menimpa bayi tersebut.
Kalaulah bayi itu ditakdirkan boleh bersuara, sudah pasti bayi tersebut akan menangis memohon simpati. Dan kalaulah baldi cat itu boleh bersuara, baldi itu pun pasti akan berteriak menghina kejelekan lelaki tersebut.
Sungguh zalim kamu wahai manusia !
NILAI KASIH DAN SAYANG
Rupanya rasa kasih dan sayang itu bukan semata-mata anugerah Allah untuk makhluknya yang bernama manusia sahaja, bahkan seluruh hidupan yang melatari bumi ini bisa menikmatinya.
Sukar untuk kita bayangkan bagaimana kasih dan sayang yang dipamerkan oleh binatang yang berlainan jenis tetapi mampu untuk berkasih dan bermanja bagaikan mereka sebulu, seibu dan juga sebapa.
Sesekali makhluk bernama manusia perlu meneladani mereka. Mungkin ini juga satu peringatan dari Si Pencipta, lantas didatangkanNya binatang sebagai perumpaaan.
Tika dan saat manusia hilang nilai kemanusiaan, rupanya makhluk yang bernama binatang telah memimjamnya. Memimjam untuk menyedarkan manusia betapa manusia kini terlalu jauh dari nilai kasih dan sayang dalam kehidupan.
Aku sayang akan kamu semua...
0 komen