RAMA-RAMA DAN BUNGA

Wednesday, September 02, 2009

Dikisahkan seorang lelaki telah berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun, Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki tersebut berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberianNya berbeza daripada permintaannya.

Pada fikirannya, mungkin Allah mempunyai terlalu ramai makhluknya untuk diuruskan. Begitulah sangkaannya. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Setelah berlalu suatu tempoh masa yang panjang, ada sesuatu yang amat memeranjatkan telah berlaku.

Pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu mula ditumbuhi bunga yang cantik dan daripada ulat yang terselindung pula, ianya telah bertukar menjadi rama-rama yang begitu cantik dan indah.

Lihat betapa indahnya susunan dan aturan Allah. Cara Allah sentiasa menjadi yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah pada pandangan kita yang kadang-kadang tidak mahu berfikir.

Jika kita memohon sesuatu dan menerima setiap pemberian Allah dengan rasa bersyukur, yakinlah Allah pasti akan mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-hambaNya. Jadi teruskan berdoa tanpa ada perasaan ragu-ragu dan mengeluh.

Jadilah seperti ulat yang lahirnya berkeadaan hina, tetapi kelak menjadi rama-rama yang megah mengibar sayap dari puncak paling gemilang.

Bersangka baiklah terhadap Si Pencipta.

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram