debu yang berguna

Wednesday, September 02, 2009

Debu. Sekali tenung, mungkin tidak kelihatan. Suatu elemen halus yang boleh dikatakan tidak terlalu penting dan tidak bermanfaat walau sedikitpun. Tetapi apabila ia sudah terkumpul banyak, kejelekan tersebut mula terserlah dan pasti mencacatkan penampilan anda.

Lihat sahaja kereta. Kereta anda kotor disebabkan oleh debu yang melekat. Anda terpaksa membasuhnya lagi walhal mungkin baru dua minggu lepas anda membasuhnya. Katakan anda menghantar kereta anda ke kedai untuk membasuhnya. Tak kiralah kedai yang serba-serbi elektronik ataupun basuhan biasa yang dilakukan oleh empat atau lima orang sekaligus.

Sekarang, saya cuma mahu mengajak anda berfikir di luar kotak. Iaitu dengan berusaha untuk melihat sesuatu yang dianggap tidak penting itu sebagai suatu sumber inspirasi penting dalam hidup anda.

Cuba renungi apa yang bakal saya perkatakan. Debu yang kita anggap tidak berguna itu rupanya membawa rahmat kepada sebilangan golongan manusia. Kenapa saya berkata demikian?

Apa tidaknya, disebabkan debu yang melekat pada kereta kita itu, maka ramai yang boleh mencari rezeki kerananya. Berapa banyak keluarga yang berjaya disuap hasil dari rezeki membasuh kereta tadi. Itu belum kita lihat secara menyeluruh lagi bagaimana kilang-kilang menghasilkan sabun, berus, pam, hos dan bermacam-macam alatan yang berkaitan dengannya.

Kesimpulannya, apa yang kita rasa akan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, terkadang akan berubah menjadi suatu bentuk kebaikan yang sangat berguna kepada orang lain.

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram