APA NASIB KITA
Wednesday, September 02, 2009Ini adalah sekelumit kisah masa depan. Pada hari itu, manusia mendongak ke langit, didapati langit berjalan-jalan. Dilihat pula bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Maka sedarlah mereka bahawa mereka kini berada di padang mahsyar.
Maka manusia mula bertempiaran mencari seseorang yang dapat memberikan syafaat kepadanya. Bermula dari Nabi Adam hinggalah kepada Nabi Isa, namun semuanya tidak membuahkan hasil.
Hinggalah akhirnya, manusia dipertemukan dengan Nabi Muhammad saw. Berkat kasih sayang Rasulullah, maka Allah menyelamatkan umat manusia dari ditimpa azab yang sangat pedih.
Inilah sekelumit kisah masa depan ketika hari kiamat. Dikala segalanya sudah berakhir, manusia akan bertempiran umpama anak ayam yang mencari tempat berteduh ketika hujan kunjung tiba.
Hangat matahari yang hanya sejengkal itu, jauh lebih dahsyat jika dibandingkan dengan dugaan 'sesat' di jalanan ketika berada di dunia.
Mampukah anda bayangkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh si penderhaka ketika itu?
Adakah anda sanggup menghadapinya?
Fikir-fikir dan renungkanlah...
0 komen