Rasa

Friday, February 10, 2012

Perkara yang aku paling takut selain mati adalah diri sendiri. Perasaan dengki, marah, geram, sayu, sedih selalu bermain difikiran...

Perasaan dengki terhadap kehidupan orang lain yang lagi berArah Dan Ada Hala tuju yang menuju ke kebahagiaan dunia Dan akhirat. Sedangkan Aku masih mencari-Cari siapa diri yang sebenar.. Bertanya mengapa sifat dengki itu boleh wujud dalam fikiran aku sedangkan dia tidak melakukan apa2 kesalahan terhadap aku.

Perasaan marah apabila hajat yang diinginkan tidak kesampaian. Layak kah aku untuk memarahi Nya? Layak ke perasaan marah itu sendiri menguasai diri aku yang kerdil ini?

Perasaan marah terhadap jantung hati kerana tidak menuruti perintah Dan arahan sang ibu.

Perasaan geram terhadap orang sekeliling yang ternyata sekali aku tidak mampu untuk melaksanakan semua perintah Dan arahan yang diberikan.

Perasaan sedih tiap Kali ingkar arahan Sang Pencipta. Perasaan sedih tiap Kali merindui keluarga yang jauh disana.

Perasaan sayu bila melihat orang tersayang merana. Perasaan sayu bila beradanya aku di bumi Sang Pencipta yang kadang Kala aku lupa kepadaNYA

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram