3 teknik untuk perbaiki hubungan dengan suami anda

Thursday, November 03, 2011

entry nie aku ambik di blog nie http://www.kuatbatin.com
tadi jalan2 kat blog kawan2 n aku ada baca entry nie. aku nak kongsikan kepada pembaca blog aku teknik-teknik dibawah ini. kita sama-sama praktik kan teknik-teknik dibawah supaya hubungan kita dengan pasangan akan kekal bahagia selamanya... amin

pasangan bahagia (mak & abah i love u...) sekadar gambar hiasan

Adakah anda sudah berkahwin tetapi anda rasa seperti tinggal dengan seorang yang asing di dalam rumah? Jika ia, anda perlu segera sedar dan perbaiki hubungan dengan suami anda. Berikut adalah 3 teknik untuk perbaiki hubungan dengan suami anda.

Teknik pertama : Selami hati suami

Kadangkala, suami menjadi dingin pada anda kerana mereka mempunyai masalah yang tidak dapat di luahkan dengan kata – kata. Anda selami dan ambil tahu masalah yang di hadapi oleh suami anda. Pujuk suami anda supaya meluahkan masalah dia pada anda. Jangan beri dia peluang untuk marah pada anda.

Jika dia marah, anda pujuk dia dan nyatakan kesudian anda untuk bersama – sama dengan dia. Apabila dia melihat anda ikhlas, dia akan mula goyah dan meluahkan segala – galanya pada anda. Dengan ini, secara perlahan – lahan, suami anda akan kembali pada anda.

Teknik kedua :  Cantikkan diri dan libatkan suami dalam aktiviti anda

Jika anda mahu pergi ke pasar, anda paksa dia supaya menemani anda. Tampilkan diri anda dalam keadaan cantik dan ajak dia ke mana sahaja anda pergi. Jika dia melihat anda dalam keadaan cantik, dia tidak akan lepaskan anda. Tambahan pula, ketika anda keluar ramai lelaki yang suka melihat anda. Rasa cemburunya akan menjadikan dia lebih menyayangi anda.

Teknik ketiga : Sentiasa bermanja dengan dia

Sentiasa peluk, cium dan belai suami anda. Lama kelamaan, dia pasti akan cair dengan kasih sayang yang anda tunjukkan.

Ketiga – tiga teknik ini boleh merapatkan kembali hubungan anda dan suami anda. Kadangkala, lelaki ini hanya  nampak semut di seberang tetapi tidak nampak gajah di depan mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah menyedarkan dia bahawa anda ada di sisi dia.

You Might Also Like

1 komen

Instagram

Instagram