accident
Tuesday, November 15, 2011pada 09.11.2011 pukul 3.54pagi aku dikejutkan oleh panggilan dari abah yang menyatakan bahawa adik lelaki aku yang sorang lagi (Mohd Nurman) kemalangan. terkejut juga aku terus tak dapat tidur. abah baru dapat berita tersebut dari mak angkat si nurman. dia diberitahu bahawa nurman kemalangan pada malam 08.11.2011 lebih kurang pukul 9.00pm dan cuba menalifon abah tetapi abah tak angkat. mungkin abah tak dengar handphone dia berdering.
semasa abah telefon aku dia telah bersiap untuk bertolak ke hospital kota baharu, kelantan. nurman nie kerja di kota bahru sana tu. jauh jugak lah dari rumah aku. mereka sampai kat hospital pun lambat dalam lebih kurang pukul 6am...
abah pergi dengan mak dan awie kerana adik2 yang lain sekolah. awie kol aku dan beritahu status adik aku pukul 9.00am. nurman patah kaki dan kaki dia kena simen. agak teruk juga kaki dia tu... kak ngah doakan awak cepat sembuh. masa kat sana abah mintak kebenaran dari pihak hospital untuk bawa balik nurman.
0 komen