putri demam lagi
Thursday, June 17, 2010
eeeemmm... si putri demam lagi bukan apa, dia nak tumbuh gigi. dari pagi tadi asyik merengek jer nasib baik aku dalam mc klu x esk mesti kena cuti. xsampai ati nak tinggalkan kat umah orang yang jaga dia tu.
bukan akak yang jaga dia tu xnak jaga cuma aku sebagai ibu mestilah bertanggungjawab ke atas anak sendiri xdelah nak serahkan bulat2 pada oang yang jaga dia tu. mana tau kalau kita asyik bergantung pada orang nanti anak kita xkenal kita sebagai ibu n bapa lg parah kan.
skarang nie dah tido, tadi punya lah meragam dia. mata dah ngantuk tp kerana dia sakit gigi so kena pujuk makan masa lama skit. aku dah nak lelap tp dia masih merengek. memang patutlah syurga dibawah tapak kaki ibu kan. bukan senang nak besarkan dan didik anak nak2 anak2 zaman sekarang nie. satu kita cakap sepuluh dia jawab. anak-anak..
aku tengok adik2 aku pun skarang nie pun dah makin pedas mengutarakan kata2. orang bandar cakap mak bapak open minded tp bagi aku nie dimanakan kurang ajar. iyalah kan masa time aku sekolah dulu nak membantah cakap abah dan mak pun takut apa lg kalau mereka bersuara nak menyampuk pun kena pikir 10 kali takut apa yang kita cakap akan menjadi kemarahan mereka atau membuatkan mereka tersinggung.
anak2 makin besar makin aku takut coz adakah aku n suami betul mendidik anak2? iyea lah aku n suami sentiasa balik kerja lewat, sampai umah dah malam bila masa nak mendidik anak2... entah lah aku sentiasa berdoa agar anak2 aku menjadi anak2 yang soleh dan solehah. semua bapa n ibu mengharap perkara yang sama termasuk mak n abah aku. cuma kami adik beradik jer kadang2 sering tersasar dari landasan.
dah lah... melalut sampai ke situ pulak aku.. entry kali nie nak cerita pasal putri tp dah jauh menyimpang pulak.
0 komen