Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Saturday, June 19, 2010


Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan
dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..
Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan
dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak
makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang
berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa
penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan
utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan
jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut
hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat,
puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut
cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul
(menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM
hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling
tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur
semula selepas bangun tahajjud, dsb buat apa nak kacau mereka tidur? Yang
disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran
pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar rasa2 macam dapat
pahala, rupa2nya dapat bala. Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran
sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca
al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak
sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit
sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2 sempat la orang nk bangun
bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ! ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan,
makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang
nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru
sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul
ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk
niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg
tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham
sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri.
Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya
lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk
sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda
sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi
Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk
kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi
takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir
kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang
terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..! Jadi
kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya
dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa
dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin"..
Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah ini kerana
terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut..
Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin"
dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah
ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan
kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di
sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah
dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat
ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.
Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti
diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby
siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat
akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg
kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah
jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu
mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau
menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan
mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,
contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita
solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah
nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape
la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat,
menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2
lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena
pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi
haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos
perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu
utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita
kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih
utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah,
tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu
dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak
sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun
selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat
ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu
pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun
keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal
mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja,
malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan,
tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa..
Renung-renungkanlah..

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram