selesai dah majlis besar

Monday, October 09, 2017

selesai sudah pada 30-09-2017 majlis menyambut menantu sebelah suami. memang betul la cakap orang nak buat majlis kena betul2 kalau tak, majlis jadi kelam kabut tapi belah aku dan belah suami Allah bantu dengan majlis berjalan lancar dan teratur. semua atas pengorbanan adik beradik dan saudara mara yang terlibat. tanpa mereka mungkin majlis sudah nak handle.

semasa majlis sebelah suami, tak sangka ramai tetamu yang berkunjung. boleh dianggarkan lebih kurang 600++ tetamu. cuma gudies je yang kurang sebab buat dalam 400 je. Alhamdulillah bab makanan semua cukup cuma lebih sedikit sahaja. makanan pun hadirin cakap sedap dan puas hati. terima kasih yang sudi menghadirkan diri ke majlis kami. kami tidak akan lupa korang semua.

pukul 8.40 pagi aku di makeupkan oleh MOU yang berpengalaman dan aku puas hati dengan make up dia sebab tidak terlalu tebal dan hanya naturel sahaja. harga pun berpatutan bagi aku. aku selesai make up lebih kurang sejam kemudian.

siap berpakaian aku dan suami serta awie(cameraman), noman, liza, along, adik dan mina ke tempat di mana kami nak shoot outdoor. sampai sana lebih kurang pukul 10.30 pagi. kira lambat la jugak, dah sampai kami di sambut oleh jaga berbangsa India dan menyatakan kami tidak dibenarkan shoot di city park. spoil jugak lah masa tu sebab kami memang nak cepat pastu jaga tu buat hal. malas nak gaduh kami ckp nak shoot kejap dan tanya tak masuk akal bila tidak boleh ambil gambar di situ.

anggaran pukul 12.00 tghari baru kami berangkat balik rumah aku. pukul 12.45 thgari baru kami rombongan perempuan turun ke majlis (rumah mertua) untuk makan beradap dan sesi bergambar. waktu ini kelam kabut jugak la sebab waktu puncak tetamu mula ramai. sebelah mertua tidak dapat bergambar dengan kami memandangkan tetamu yang semakin ramai.

pukul 3.00 petang rombongan dari terengganu berangkat pulang, aku memandang dari jauh kerana masa bermesra dengan keluarga sangat singkat. rasa sedih jugak bila abah nak balik cepat tapi demi menghormati bapa saudara aku yang akan bekerja pada keesokan hari aku akur sahaja.

jam 4.20 petang tetamu mula kurang dan kami serta saudara mara suami mula mengemas, waktu ni aku rasa sangat penat tetapi aku perlu bantu mana yang sepatutnya aku buat. suami dan saudara mara mengemas, membersih dan menyusun mana2 yang perlu.

dalam pukul 6.30 petang ramai sanak saudara sebelah suami meninggalkan majlis. ucapan ribuan terima kasih pada mereka, jasa mereka tidak dapat aku dan suami lupakan sampai bila-bila. kerana mereka la majlis dapat berjalan dengan sangat lancar.

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram