sabar yea hati... sikit je lagi

Wednesday, October 11, 2017

berbicara tentang hati dan perasaan memang sangat mencabar. nak ambil hati semua orang sangat susah sebab pikiran manusia ni lain2 seperti pepatah lain orang lain perasaan, betul ke pepatah aku tu? huhuhu...


seperti aku sendiri nak melakukan satu2 perkara kena tengok dulu apa kesan pada aku apa kesan pada orang lain. nak lakukan satu2 perkara ikut suka hati kita boleh tapi bila dah berlaku kesilapan kena lah sendiri tanggung. kalau kita sorang je tanggung tak apa la ni kalau orang lain juga tanggung kesalahan yang kita lakukan apa kita nak jawab. di dunia xpe la esok2 di akhirat macam mana???

ada satu perkara membuat kan aku tersentuh. perkara ni bukan melibatkan hubungan cinta, bukan hubungan dengan keluarga tapi tersentuh dengan pihak luar. biar lah aku sendiri pendam sape pihak luar tersebut.

aku tak menyalahkan mereka cuma perkara ini mungkin datang dari dalam diri aku sendiri atau perasaan aku sahaja. aku cuma mampu luahkan di blog kesayangan aku sahaja. aku nak luahkan pada suami, pada keluarga atau pada kawan2 takut aku salah cakap atau salah penyampaian. dan aku sangat takut bila mereka salah faham dengan apa yang aku akan sampaikan.


orang tua2 kan penah cakap diam lebih baik dari berbicara kan... so aku memilih diam seribu bahasa walaupun hati terluka dan sedih dengan apa yang menimpa diri aku. semoga aku lebih tabah dalam menempuh hari2 yang mendatang dan mencabar lagi selepas ini. aku pernah lalui detik2 sukar lebih teruk dari ini, aku boleh handle Insya Allah kali ni aku boleh tempoh nya dengan senyuman. mungkin Allah nak beri yang terbaik buat aku...

Insya Allah... Amin

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram