kad hari ibu (09.05.2010)
Friday, May 14, 2010dari ari tu lg nak tulis entry nie tp xde masa. so skarang nie aku nak kongsi sama2 ngan kawan2 yang aku dapat kad hari ibu dari jantung hati aku ( anak sulung aku )...
Awal pg kira-kira dalam pukul 6.20am aku dikejutkan oleh satu lembaga. aku pun perlahan2 membuka mata aku yang memang berat sangat nak buka. tiba2 lembaga tu hilang dari pandangan (maklumlah aku nie rabun). bila aku dapati tiada apa2 yang mencurigakan aku terus merapatkan mata aku yang memang tunggu masa utk lelap.
pukul 6.45am aku dikejutkan oleh deringan jam yang membingitkan suasana pagi. aku dengan wajah sugul dan tidak bermaya terus pergi ke bilik air. selesai ke bilik air aku terus menunaikan kewajipan kepada yang Esa.
Selesai solat aku berbaring di katil yang empuk tiba2 aku terpandangkan sesuatu yang tidak pernah aku lihat. terkejutnya aku bukan kepalang apabila anak mata ku memandang kepada sesuatu yang menjadi teka-teki kepada aku.
kawan2 nak tau ker apa benda yang memeranjatkan aku? kawan2 tengok lah ....
Menitis air mata aku bila melihat 2 keping kad di meja sisi katil ku. Ya Allah bahagianya aku mendapat seorang anak yang mengingati diri aku sebagai seorang insan yang bergelar ibu. Terima kasih along kerana memberi sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku. ini lah kali pertama aku mendapat kad hari ibu dari anak ibu. akan ibu simpan sampai bila2.
kegembiraan ini aku kongsi pada orang tersayang (hubby). semoga aku dan keluarga akan bahagia sehingga akhirnya... amin
3 komen
salam..
ReplyDeletealahai comelnya kad
anak sulung??
dah berapa anak?
moga jadi ibu dan isteri
yang mithali..
selamat hali ibu dali apek...;)
ReplyDeleteterima kasih zulkbo n apek
ReplyDelete