STOP SHAKING UR BABY..!

Friday, March 19, 2010


SILA HATI-HATI KEPADA IBU BAPA.. SAYANGI ANAK ANDA

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul
2 petang tadi. Beliau
sebelum ini sihat dan dijaga oleh
pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak

batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain..
Itulah kali pertama
beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan
mengantuk dan
kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa
yang menakutkan kami ialah
ubun-ubun depan beliau yang timbul
dan mencembung (bulging). Memandangkan

beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang
darah (Hb 8g/dl),
serta bayi tersebut masih kurang responsif
selepas satu jam sawan, kami
mengambil keputusan untuk
melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).


Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang
serius, Acute
and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid
bleed! Terkejut. Kali ini ibu
bayi tersebut telah pun selamat tiba
dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi
sejarah kesihatan bayi
tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang

relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya
tinggi-tinggi. Bayi

itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan
atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam
tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
yang kuat. Kecederaan
yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang

lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila
kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun
objek lembut seperti bantal.
Ada teori mengaitkan dengan
pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian
serta
memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau
bergaduh boleh
menyebab berlakunya SBS. Sebab lain
ialah penderaan bayi
(child abuse) dan
selalunya mempunyai kesan-kesan
penderaan yang lain.


Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah
yang lebih besar
berbanding badan mereka, leher yang lemah
dan struktur otak yang masih belum
matang serta lebih
kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan
menimang atau menggoncang sering
dilakukan oleh penjaga terutama bila
bayi tidak mahu
berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana
untuk
menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika
marah atau penat menjaga

bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini
saya juga pernah
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak
yang mempunyai kecederaan otak yang
serius dikhuatiri
berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau
untuk bermain.


2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik
anda
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil
bayi atau kepada
orang lain.

4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua
dapat mengambil
serius dan peka tentang Baby Shaken
Syndrome ini. Ianya bukanlah kes
terpencil malah di
Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap

tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang
bentuk alat menggoncang bayi

seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi

TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH
MAHLUK ALLAH YANG

PENYAYANG.....

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram