Aku bukan tak sabar tapi tak berapa suka dengan suasana hiruk pikuk dan ramai giler orang... ada makanan yang best2 tak aku nafikan tapi ada makanan yang sangat mengecewakan. Kepada kakak2 dan abang2 meniaga la dengan ikhlas dan jujur... rezeki tetapi ada untuk korang tapi jangan la mendajal kan orang semata-mata nak kaut untung yang lebih... selamat berniaga
Dalam bulan ni juga mengajar aku untuk terus beriman dan beramal soleh supaya title sebagai hamba yang solehah dapat aku hajati. Walaupun bukan mudah untuk melawan nafsu yang ada pada ada diri aku sendiri.
Janji Allah tu pasti, kita buat kita dapat... buat beramal dan percaya pada DIA yang satu. Percaya DIA sentiasa berada disisi kita... percaya DIA melihat semua perbuatan kita sama ada baik mahupun buruk yang kita lakukan.
Sebab itu DIA kata sabar itu separuh daripada iman, orang tak sabar iman nya tipis. Aku tak nak tipis iman..
Dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan saya memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita sama ada yang tersurat mahupun tersirat, yg sengaja mahupun yg tak sengaja, yg tersembunyi mahupun terang-terangan, yg berniat mahupun tak berniat. Segala gurauan hanyalah utk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri. Semoga Allah SWT mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan menjadi lebih baik drpd thn2 yg lalu & semoga ibadat kita diberi pahala dan rahmat spt mana yg dijanjikan oleh Allah SWT. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Tinggal beberapa hari je lagi kita nak melangkah ke bulan syawal... rasa sayu pulak. Bulan yang sangat bermakna dalam hidup semua umat islam, bulan yang penuh mulia...
Aku juga sama dengan insan2 lain menunaikan kewajipan kepada yang Esa dengan penuh keikhlasan supaya mendapat keberkatan dari NYA.
semoga aku mendapat apa yang aku impikan iaitu pahala yang berlipat ganda... amin
Perkongsian hari ni..
Semoga Isteri2 mendapat ganjaran pahala yg besar..kdg jarang Suami nk ucap tkasih.
Mungkin fenomena biasa...
Dah kunci jam pukul 3. Tersedar pukul 2. Termenung sekejap. Nak sambung tidur lagi takut tak tersedar pula nanti. Ralit sekejap melayan mata..
'Aduhai.. mengantuknya! Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
Jam berbunyi pukul 3, mata melekat macam kena gam tikus pula. Tutup jam, dan tutup mata semula.
Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! Teringat nasi belum masak. Mulalah berdebar!
Cong ceng, cong ceng kat dapur, alhamdulillah. Pukul 5, siap terhidang semuanya.
Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur. Macam-macam ragam masing-masing bila dipaksa bangun tidur. Aneh juga. Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan pula yang merusuh. Macam-macam kerenah ada. Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja!
Begitulah. Saban hari sepanjang Ramadhan - rutin seorang isteri dan ibu. Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.
Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Hari ini sudah 21 Ramadhan, mari tanya diri, sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?
"Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang."
"Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur."
Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.
Aduhai, anak-anak dan para suami, kalau malas bantu memasak, rajin-rajinlah menyukakan hati ibu atau isteri.. Orang berbudi kita berbahasa. Orang dah memasak, takkan kita tahu makan sahaja? Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.
Selamat berdepan dengan detik-detik akhir Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan...
Hari ni 1st puasa rasa teruja sangat2 bila bulan ramadan menjelma... masa untuk lebih kuat beribadat kepada Pencipta (nasihat pada diri sendiri) supaya tidak leka dan rugi serta sia2 didunia ini.
Telah 36 tahun aku menempuh bulan ramadan, dari kecik sampai besar aku dididik oleh kedua orang tua supaya gembira berada di bulan puasa... bulan yang penuh keberkatan, bulan yang sangat senang buat pahala...
Semoga tahun ini (2015) akan lagi sangat bermakna dalam menempuhi bulan ramadan ini.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa kepada rakan2 blogger dan pembaca blog saya.
sebenarnya aku tak jangka pun gi sogo n jalan tar, aku sms saje je adk ipar aku ajak gi jln tar. dia setuju plak.. apa lg aku seronok ler, satu aku xyah gi ngan hubby (klu gi ngan kaum adam ni leceh skit.. huhuhu) kedua aku xyah bawak keta (tahu je lah kalau nak gi kl dgn jem, cuaca panas, dgn ank2 lg huh)...
mula2 gi sogo.. tak larat ramai giler manusia. dgn si putri yang banyak ragam lg...
smlm berbuka di restoran ar-raudhah jalan rahang... padat giler orang. mcm xberapa selesa sgt ar tp makanan boleh tahan lah sedap. kalau bagi markah dr 5-1 aku bagi 3.
dia restoran biasa tapi tempahan yang diambil terlalu ramai. eeemmm... pinggan, mangkuk, sudu, cawan pn xkutip. yang baru xde dkt tpt yang sepatutnya. kira tak x cukup kakitangan lah kiranya.
harga aku xtahu coz sykt blanje... so jemput makan yea...
hari ini adalah hari last aku ganti puasa... lega rasanya coz hutang dah di langsai untuk PENCIPTA.
hari rabu start puasa untuk tahun 2013 dan raya.. tak sabar rasanya tunggu hari raya nak cium peluk abah, mak dan adik bradik. tahun ni semua ada beraya di rumah mak dan abah.. alhamdulillah.
ini hari ke-5 aku ganti puasa. dh nk puasa blk bru lah nk ganti. huhuhu...
menu aku buka puasa adalah seperti dibawah. sebenarnya aku buka puasa ngan koko krunch coz alang2 nk anta along tuisyen n mr hubby nk beli brg cafe aku mkn lh koko krunch dlu. mkn dekat kip mart, lavender height.
Pejam celik pejam celik dah tinggal beberapa hari lagi nk raya. Wah memang tak sabar nk balik kampung ni..
Aku cuti seminggu je. Lagipn adik lelaki aku akan melangsungkn perkahwinan pada 25hb ogos 2012. So keluarga ku.. Tunggu aku pulang...







