dua tiga hari ni banyak betul berita artis yang tidak sepatutnya kita dengar antaranya adalah Pelancaran Tudung Nelofa.
kalau korang minta pendapat aku la, aku akan cakap pemikiran Nelofa sangat sempit. banyak lagi tempat boleh buat pelancaran kenapa mesti dekat pub yang sah2 bukan untuk umat ISLAM. kadang-kadang pelik pulak bila fikir kenapa pemikiran seorang yang profesional sangat sempit. memang dia mengeluarkan statement bahawa dia tidak sempurna tapi perkara itu sememangnya tidak ada dalam fikiran dia. entah la... macam-macam perkara berlaku pada umat akhir zaman ni.
lepas tu ada pulak tarian yang sangat memalukan daripada wanita bertudung. memang aku tengok sangat menjatuhkan maruah wanita bertudung...
dibawah ada petikan daripada BERITA HARIAN korang klu dah baca boleh abaikan dan jika belum baca kita baca sama-sama dan jadikan iktibar.
wanti@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI) meminta orang ramai mengambil iktibar berhubung kontroversi pelancaran hijab oleh Neelofa di sebuah kelab malam kerana ia dikatakan melanggar prinsip Rukun Negara kelima.
Presidennya, Datuk Norashikin Abdul Ghani, berkata prinsip terbabit, kesopanan dan kesusilaan, semakin dilupakan generasi alaf baharu dengan pelbagai perkembangan semasa yang mendukacitakan.
Katanya, semakin hari semakin ramai yang berani menghalalkan cara walaupun ia menyalahi agama serta menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan masyarakat.
"Prinsip kesopanan dan kesusilaan itu sewajarnya menjadi amalan hidup rakyat negara ini yang berbilang kaum dan agama sebagai asas keharmonian.
"Bagaimanapun, kini semakin ramai mengeluarkan fatwa sendiri, perlakuan mengikut budaya Barat, penganjuran pesta arak secara terbuka, memasarkan burger babi menggunakan nama orang Islam, penandaan halal sesuka hati serta bermegah mempamerkan kemungkaran di laman sosial.
"Perbuatan sedemikian bukan saja tidak menghormati kesucian agama, malah jelas meminggirkan prinsip Rukun Negara kelima yang diterapkan ke dalam diri ketika sejak awal persekolahan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Dalam kenyataan itu, Norashikin turut menyelar alasan bajet oleh tokoh perniagaan itu yang didakwanya sebagai tidak masuk akal kerana banyak pilihan lokasi lebih sesuai untuk mempromosi tudung.
"Seharusnya beliau lebih peka terhadap isu sedemikian sebelum ia mencetus kemarahan orang ramai dan pertelingkahan antara peminat yang tidak sependapat.
"Saya juga berharap beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan masyarakat negara ini agar ia tidak berulang lagi," katanya.
entahlaa tak tahula nak jadi gapo dunia skrang ni.. semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh-Nya =)
ReplyDeletemampu geleng kepala je
ReplyDeletejmput la join n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html