tiada niat hendak mengata

Thursday, January 25, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



cuba baca tajuk aku diatas tu, bukan bermaksud nak mengata tapi ini adalah peringatan pada diri aku sendiri dan kawan-kawan yang boleh terima la kesalahan dan kelemahan diri. Aku sebenarnya mempunya ramai kawan yang rapat mahu pun juga tidak rapat dan ada antara mereka berkongsi masalah dengan aku. aku ni pulak jenis suka dengar je apa yang kawan-kawan nak luahkan pada aku tak kira isu apa sekalipun tadah je telinga mendengarnya.

ada satu isu tu yang menyentuh dan aku rasa sangat terganggu bila kawan aku ini yang aku sendiri tau macam mana karektor dan perangai dia, menceritakan pasal kesalahan orang lain yang sebenarnya dia kena mengaku perkara itu adalah perilaku yang dia selalu lakukan dan bila terjadi nya pada dia yang orang lain buat pada dia dan tidak boleh menerima kenyataan.

hendak sekali aku menyuarakan dalam dunia ini ada karma, apa kau lakukan itu la yang kau akan dapat tapi mulut aku masih tidak boleh menyuarakan perkara itu kerana hendak menjaga air muka kawan aku ini. Peringatan ini aku tuju juga pada diri aku sendiri dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan menyuarakan sesuatu perkataan yang akan diungkap.

entah la, kadang-kadang kita tidak boleh menjadi terlalu jujur dalam sesebuah persahabatan bimbang akan melukakan perasaan mereka. jadi aku sendiri akan sentiasa menjaga dan mendidik hati supaya berwaspada dan berhati-hati dalam pergaulan seharian.

di sini aku pinjam sepotong ayat yang sentiasa kita dengar "what u give u get back". Ungkapan itu sangat dalam dan sangat bermakna. sekian....

You Might Also Like

8 komen

  1. yes betul sangat. semuanya akan berbalik pada diri sendiri akhirnya

    ReplyDelete
  2. Hiiii.. jom join sini. Sory ray lupe letak link hari tu kt my post

    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Maaf andai LZ pernah melukakan hati Use Line A sepanjang perkenalan kita.. Tegur menegur dan berlapang dada menerima teguran orang lain, pada LZ itu yang terbaik..

    ReplyDelete
  4. tak ada apa2 la LZ kita berkawan dah lama, tau dah perangai masing2 dan tak ada apa2 nak sentap dah... hehehe ska berkawan ngan awak

    ReplyDelete
  5. Bersyukur akan menambah nikmat semakin banyak dan berkah.

    ReplyDelete

Instagram

Instagram