entry ni sambungan kepada entry yang ni yang menceritakan berkenaan bisnes yang aku bakal laksanakan pada tahun 2016 dan alhamdulillah butik dan sekaligus boleh dikatakan harapan aku yang sangat menggunung pada perniagaan yang baru nak naik ini.
Kata pepatah bukan senang nak senang memang memerlukan kesabaran, kepantasan dalam membuat keputusan, kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi supaya apa yang diusahakan berjaya dan terlaksana.
bukan setakat itu, pengorbanan dan kecekalan perlu lahir untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya, tapi aku masih lagi merangkak dan akan terus berusaha mencapai apa yang aku idam-idamkan.. insya Allah.
RG Butik telah dibuka pada 25/12/2016 dengan hanya seorang sahaja pekerja yang mana dia lah jurujual, dia lah juga tukang jahit. Alhamdulillah sekarang dah ada 2 orang tukang jahit di RG Butik. Kami mengutamakan kualiti jahitan bukan kuantiti supaya pelanggan berpuas hati dengan hasil daripada butik kami.
bukan setakat jahitan baju sahaja kami tawarkan, kami juga membuat alteration, menjual baju siap, menjual alat-alat makeup serta barangan wanita contohnya handbag, kasut dan sandle. ada juga skincare yang mampu milik kami jual.
masih sangat baru RG Butik dalam bidang perniagaan ini dan aku amat berharap agar RG Butik akan sebaris dengan perniagaan butik yang lain... Insya Allah
No comments:
Post a Comment