Pages

Thursday, July 9, 2015

Ramadan oh romadan....

Perkongsian hari ni.. ����

Semoga Isteri2 mendapat ganjaran pahala yg besar..kdg jarang Suami nk ucap tkasih.

Mungkin fenomena biasa...
Dah kunci jam pukul 3. Tersedar pukul 2. Termenung sekejap. Nak sambung tidur lagi takut tak tersedar pula nanti. Ralit sekejap melayan mata..

'Aduhai.. mengantuknya! Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'

Jam berbunyi pukul 3, mata melekat macam kena gam tikus pula. Tutup jam, dan tutup mata semula.

Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! Teringat nasi belum masak. Mulalah berdebar!

Cong ceng, cong ceng kat dapur, alhamdulillah. Pukul 5, siap terhidang semuanya.

Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur. Macam-macam ragam masing-masing bila dipaksa bangun tidur. Aneh juga. Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan pula yang merusuh. Macam-macam kerenah ada. Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja!

Begitulah. Saban hari sepanjang Ramadhan - rutin seorang isteri dan ibu. Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.

Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.

Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Hari ini sudah 21 Ramadhan, mari tanya diri, sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?

"Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang."

"Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur."

Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.

Aduhai, anak-anak dan para suami, kalau malas bantu memasak, rajin-rajinlah menyukakan hati ibu atau isteri.. Orang berbudi kita berbahasa. Orang dah memasak, takkan kita tahu makan sahaja? Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.

Selamat berdepan dengan detik-detik akhir Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan...��

No comments:

Post a Comment