Ufun yang sangat fun

Tuesday, March 24, 2015

- Renungan Bersama -

UFun kini telah mencecah usia 1 tahun 9 bulan... dalam tempoh tersebut UFun UToken telah melalui 4 Fasa perubahan & peningkatan harga serta projek nyata( akan saya sediakan grafik ini ).

Kini 23 Mac 2015, UFun telah mencecah sehingga 105 buah negara... suatu pencapaian terbaik bagi sebuah perniagaan yang masih dalam kategori yang amat mentah.... pemilik akaun pula belum mencecah 400 ribu orang.

Banyak perubahan telah berlaku sepanjang 2013 sehingga 2015. Ramai juga ahli yang telah meninggalkan UFun untuk menyertai perniagaan lain, kini kembali ke sini untuk meneruskan perjuangan bersama UFun.

Memang benar, apabila UFun mewujudkan Investment Point (IP), ramai ahli yang goyang & hilang kepercayaan kepadanya.... akibatnya, ramai orang luar yg mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi rasa kekhuatiran mereka.. paling sedih jika ahli UFun sendiri yang mempengaruhi ahli-ahli baru & pasif untuk menjual akaun mereka. Hanya kerana mereka ingin mempelawa mereka menyertai perniagaan barunya...

Tahukah anda, bahawa IP ini bakal memberikan pulangan terbaik buat kita. Setelah munculnya Unit Amanah & Pre IPO, ia peluang berganda untuk kita menikmati hasilnya. Ditambah pula dengan hadirnya lesen yang dinanti-nantikan selama ini...

Cuba kita lihat ke belakang sedikit.... antara projek nyata yang UFun / UToken telah usahakan....
1. Bangkok Marina Resort & Spa JV Bina Puri - dalam pembinaan.
2. Han Bai Yu Marble MOA UToken Reserve Limited
3. IPTv Satelit Unispace JV dengan Rainbow TV
4. Simkad U365M - dilancarkan oleh MB Selangor.
5. Projek Solar ( akan datang )
Apakah ini masih belum kelihatan kukuh serta gah syarikat UFun...? Apakah mahu mencari perniagaan / pelaburan yang menjanjikan pendapatan pantas tetapi lenyap tanpa dikesan?

UFun / UToken suatu perniagaan yang nyata & tidak pernah menjanjikan kekayaan kepada ahli-ahlinya... tetapi memberikan pulangan yang terbaik tanpa kita sedari....

Jika sebelum ini, kita boleh menyimpan wang di dalam institusi pelaburan / perbankan yang memberi pulangan antara 8% - 10% setahun, dalam UFun yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan tetapi memberi pulangan sehingga 10,000% tanpa disedari ( berdasarkan fakta keuntungan sebelum ini ), masih lagi teragak-agak & ragu-ragu...

Benar, akaun UToken adalah akaun anda.... anda berhak terhadapnya.... tetapi lihat kembali apa tujuan & hasrat kita dengan menyertai UFun ini....?

Sabar adalah kunci kepada sesuatu kejayaan.....

Saya bukanlah sesiapa di dalam UFun Club ini.... saya seperti rakan-rakan juga..... mengharapkan suatu yang terbaik daripadanya untuk kita & keluarga kita.....

Semoga usaha syarikat untuk menjadikan UToken  sebagai Digital Currency BERLESEN PERTAMA DI DUNIA ini akan tercapai apakala lesen Unit Amanah ini dikeluarkan tidak lama lagi....

Doa saya, moga kita semua bebas hutang & berjaya di dunia & akhirat... amiin..

Yang benar,
Aku

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram