Pages

Thursday, September 11, 2014

Jejaka ini

Post kali ni ada kisah sedih sikit. Ni berkenaan seorang jejaka yang amat aku sayangi, sanjungi, hormati...

Dua minggu yang lepas adik aku wasap kami adk brdk berkenaan jejaka tampan ini yang matanya dilitupi selaput. Selaput tersebut telah dijangkiti kuman... bimbang kami bukan biasa2 memang luar biasa bimbang kami adk brdik.

Keputusan doktor pakar dr hospital gomen menyarankan bahawa selaput tersebut perlu dibuang dengan segera. Amat mendukacitakan bila Q jejaka tersebut lagi 2 bulan. Masa yang agak lama untuk ditunggu kerana mata dia perlu dibedah dengan segera.

Kata sepakat dr kami untuk melihat jejaka ini sembuh adalah dengan membuat operate di klinik private. Walaupun kos agak tinggi demi dia kami semua sanggup.

30hb Ogos 2014 satu pembedahan kecil telah dilakukan di klinik pakar yg berada di kuantan. Masih lagi keputusan yang kami harapkan tidak menjadi supaya selepas selaput di buang satu manik akan dimasukkan malangnya mata jejaka ini mengalami sedikit pendarahan. Manik akan dimasukkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Allahuakbar... Ya Allah, jagakan dia untukku kerana aku jauh....

No comments:

Post a Comment