putri kena influanza
Wednesday, May 01, 2013pada 11.01.2013 yang lepas putri dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di seremban kerana mengalami demam dan sesak nafas. masa ni aku tengah kerja tiba2 ada satu pangilan dari adik aku dirumah yang menyatakan putri mengadu sesak nafas. tanpa berlengah lagi aku terus pulang ke rumah untuk melihat keadaan putri.
sampai di rumah aku tengok putri tengah tengok tv, aku tanya kenapa adik? jawab dia adik susah nak bernafas. tanpa menunggu hubby aku terus bawah putri ke klinik berdekatan. doktor cakap putri demam panas dan kena masuk wad.
petang tu jugak aku bawak putri ke hospital tanpa di temani oleh hubby. hati rasa macam ada sesuatu yang tak kena. sampai di hospital adik kena cek demam, cek xray di bahagian dada untuk tahu apa punca dia sesak nafas.
selesai nurse membuat checkup adik dimasukkan ke wad kanak2. yang menjadi sayu adik kena cucuk untuk dimasukkan air (macam biasa prosedur masuk wad) sebab dia tak biasa dengan jarum. merayu2 dia dekat aku supaya membuka jarum di tangan.puas aku pujuk supaya dia diam dari tangisan dia tetapi dia tetap menangis sehingga tertidur.
malam tu aku tak dapat lelapkan mata kerana putri masih merengek dan menangis nak balik dan menyuruh aku bukakan jarum ditangan. waktu malam baru lah doktor wan datang untuk membuat pemeriksaan tetapi aku masih bingung kerana belum ada keputusan apa sebenarnya masalah adik. doktor cuma cakap adik demam panas.
keesokkan nya (waktu petang) nurse datang jumpa aku dan menyatakan kepada aku bahawa adik kena jangkitan influanza h1n1. masa tu aku rasa hangat pipi aku dengan air mata yang tak mampu aku tahan. nurse menenangkan aku supaya bersabar dan refer aku kepada ketua nurse (sister). sister membawa aku ke biliknya dan menerangkan penyakit ini cuma macam batuk biasa. aku berpikir sejenak, kalau penyakit ini hanya penyakit biasa kenapa dah ramai yang meninggal kerana penyakit ini?
sister menerangkan bahawa putri hanya suspect tetapi naluri ibu tetap menyatakan bahawa dia telah dijangkiti. malam tu putri di kenakan quarantin di bilik berasingan. seminggu jugak lah putri kena duk dekat wad sampaikan aku ngan hubby berkampung dekat hospital.
0 komen