selamat tinggal kenangan

Tuesday, January 01, 2013


hari nie adalah hari pertama tahun 2013 dan selamat tinggal 2012. banyak yang terpaksa aku hadapi di tahun 2012 ada yang tidak mungkin aku lupakan sejarah suka, duka, pahit dan manis telah meniti di fikiran aku yang semakin kabur dek usia.


walau apa jua rintangan yang aku hadapi hanya DIA sahaja yang mengetahui perjalanan hidup aku yang semakin hari semakin mencabar ini. aku sentiasa impikan kebahagian di dunia dan di akhiran tetapi kita sebagai manusia biasa tidak akan pernah lari dari kesilapan dan kekurangan.

setiap kali masuk nya tahun baru semua orang akan mengazamkan sesuatu begitu juga aku. hidup di rantau orang membuatkan aku terlalu merintih untuk pulang ke negeri kelahiran aku tetapi apakan daya rezeki aku masih di sini.

ada sedetik aku tertanya-tanya pada diri sendiri kenapa aku disini.... semoga tahun 2013 akan membuka lembaran baru yang boleh membahagiakan aku disini... amin.

buat kawan2 blogger semoga kita sentiasa berhubung walaupun kita tidak pernah bersua di alam nyata. disini juga aku memohon jika penulisan aku di alam maya ini ada membuat hati2 yang terluka aku mohon maaf dan ampun. semoga tahun baru 2013 aku mendapat ramai kenalan di blogger ini. amin

azam aku ???? tahun ni kalau boleh aku nak renovate rumah... semoga tahun ini merupakan tahun yang lagi murah rezeki aku.

tahun ini juga merupakan tahun UPSR anak sulung aku, azam aku cuma dia cemerlang dalam peperiksaan tersebut... amin.

You Might Also Like

0 komen

Instagram

Instagram