MEMANG
kehidupan suami isteri penuh warna-warni. Kadangkala timbul kelucuan
kerana perkara remeh-temeh boleh menyebabkan pergaduhan.
Justeru,
sebagai suami isteri, mereka perlu bijak mengenali pasangan
masing-masing bagi mengelakkan perkara kecil menjadi besar dan menggugat
keruntuhan rumah tangga.
Anda boleh mengikuti petua ini, mudah-mudahan ia menjadi azimat untuk anda dalam melayari kehidupan berumah tangga.
- Hindari sifat buruk sangka
Perasaan buruk sangka sepatutnya dihindari jika suami isteri mahukan keharmonian rumah tangga.
Sifat cemburu atau mencari-cari keburukan pasangan perlu dielakkan. Elakkan sikap buruk sangka wujud dalam diri kerana dikhuatiri akan merosakkan rumah tangga dan besar kemungkinan akan mengakibatkan perceraian.
Sifat cemburu atau mencari-cari keburukan pasangan perlu dielakkan. Elakkan sikap buruk sangka wujud dalam diri kerana dikhuatiri akan merosakkan rumah tangga dan besar kemungkinan akan mengakibatkan perceraian.
- Menahan rasa marah
Suami
isteri yang sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing sering
menghadapi tekanan jiwa justeru mudah tersinggung dan marah.
Islam menegaskan umatnya menahan marah dan banyakkan bersabar serta mudah memaafkan kesalahan pasangan.
- Memberi nasihat
Jika suami atau isteri melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan, pihak kedua hendaklah memberikan nasihat dan peringatan.
Ia
penting agar pihak yang melakukan kesalahan sedar akan kesilapan atau
keterlanjuran yang mungkin tidak disengajakan itu supaya tidak mengancam
kestabilan hubungan suami isteri.
- Berbincang untuk kedamaian
Jika
berlaku persengketaan serius, carilah penyelesaian dengan cara
perdamaian melalui perbincangan dalaman bagi menjamin keutuhan rumah
tangga.
Jika
tidak dapat diselesaikan, rujuk kepada mana-mana pihak yang boleh
membantu menyelesaikan masalah seperti penolong pendaftar nikah, pegawai
kaunseling, pegawai tadbir agama dan sebagainya.
- Menghindari perceraian
Adakala
pertengkaran sukar mencapai jalan penyelesaian, si suami usah bertindak
terburu-buru menceraikan isteri. Cuba kenangi saat-saat bahagia yang
pernah dilalui bersama.
- Bawa berbincang
Setiap
pasangan harus berbincang dalam memenuhi keinginan masing-masing. Ini
kerana ia mampu mengelak salah faham dan perasaan tidak puas hati di
atas tindakan sebelah pihak sehingga boleh menimbulkan ketegangan dan
krisis.
- Meminta nasihat orang lain
Ketika
menghadapi situasi tertekan sama ada masalah peribadi, keluarga dan
sosial, anda dan pasangan disarankan mendapatkan bantuan nasihat dan
pandangan daripada orang yang dikenal pasti mampu membantu dan
menyelesaikan masalah dihadapi.
Selaras
saranan dianjurkan dalam al-Quran surah An-Nahl:43 bermaksud:
“Bertanyalah kepada orang yang pakar sekiranya kamu tidak mengetahui.”
No comments:
Post a Comment