lagi 2 hari kita nak melangkah ke tahun baru. cepat sangat masa berlalu kan. dan seperti tahun-tahun yang telah meninggalkan kita, banyak kenangan manis dan pahit yang aku tempuhi semasa berada di tahun 2011 dan kenangan yang paling manis adalah aku dapat rumah baru walaupun si along tidak suka dgn rumah tersebut (tau xpasal pe, pasal dia xde kawan... huhuhu).
semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang gembira buat aku dan rakan-rakan sekalian. kepada rakan2 blogger yang lama mahupun yang baru mengenali aku, aku ucapkan juga selamat tahun baru 2012. semoga perkenalan dan persahabatan kita semua akan berkekalan.
kepada suami tercinta, semoga cinta yang terjalin antara kita tetap kekal utuh sehingga akhir hayat. dan semoga apa yang berlaku di tahun 2011 menjadi iktibar dan pedoman untuk kita sama-sama tempuhi dengan redha.
kepada kawan-kawan opis yang mengikuti perkembangan blog aku, aku nak ucapkan selamat tahun baru dan jika apa yang aku bicarakan dalam blog nie yang ada mengguris hati dan perasaan kalian aku memohon ampun dan maaf. (rasa2nya aku xde cakap pasal korang kot... kalau ada mintak maap sekali lagi)
kepada anak2 ibu, ibu doakan yang terbaik buat anak2. ibu doakan semoga tahun 2012 menjanjikan yang terbaik buat anak2.
kepada adik-beradik tersayang semoga kita akan kekal bersama walaupun badai yang melanda. buat mak dan abah semoga bahagia, gembira, sihat dan sejahtera aku ucapkan.
No comments:
Post a Comment