anakku sakit lagi

Tuesday, April 19, 2011
putri aku sakit lagi... kali ini dia demam campak pulak, dah 2 ari aku cuti semata-mata menjaga permata hati aku nie. walaupun dia demam dia masih aktif bermain cuma waktu malam jer dia banyak merengek. mungkin waktu tidur baru dia rasa sakit dan miang di seluruh badan. semalam ada cakap ngan kakak yang jaga anak aku nie sama ada dia boleh jaga, memang dengan semangat dia cakap dia boleh jaga tp bila aku pikir balik. anak nie permata aku kenapa tanggungjawab nie aku nak suruh orang lain yang pikul.

insyaallah esok (Rabu) aku masuk opis. macam biasa lah nanti dah masuk opis tak ingat nak balik umah pulak sebab kerja memang berlambak-lambak lah.

kepada si putri anak ibu, ibu doakan anak ibu cepat sembuh ok dan ibu boleh datang kerja dengan hati yang senang dan lapang....



No comments:

Powered by Blogger.