~~~gEMBirA dENGaN kEHidUPaN yANg aDa TaBaH dALaM mEnJALanI kEHidUPaN yANg sANGat mENcaBAR~~~
Pages
▼
Sunday, February 13, 2011
anak halal...
sedih dan sebak bila aku tonton cerita ampunkan daku (tv3) tadi yang dibintangi oleh shila rusli. memang menjadi sangat dengan lakonan dia serta pelakon lain. dulu kita tengok shila tu sorang yang seksi dan sekarang banyak perubahan pada dia alhamdulillah kerana DIA telah membuka jalan untuk shila berubah dan sekarang banyak cerita yang dia dan suami buat yang membolehkan kita berfikir dan ambil iktibar.
sebut mengenai berubah terasa keldil sangat aku pada Sang Pencipta kerana aku masih jauh sangat dengan DIA. Bila kita mengadap-NYA rasa macam sudah cukup amalan yang telah kita lakukan tapi aku sendiri sebagai seorang hamba yang hina selalu leka dengan syurga dunia. lupa mengingati siapa diri aku. lupa dari mana asal usul aku dan lupa siapa aku yang memang nyata dan jelas bahawa kita semua adalah seorang hamba pada-NYA.
anak halal dan anak haram.....????? siapa yang menentukan anak tu adalah anak halal atau pun haram? bila aku tengok cerita tadi rasa kesal kerana di dunia nyata ini ada orang yang membeza-beza kan anak halal dengan anak haram padahal anak2 tersebut adalah anugerah ilahi. bukan di kaca tv sahaja kita dengar dan lihat tapi di alam realiti juga kita sering dengar terutama sekali pada anak2 gadis yang ingin mendiri kan rumah tangga.
ada antara si ibu dan bapa yang tidak berkenan anak2 mereka menikahi anak luar nikah tp adakah mereka tahu yang anak2 luar nikah nie nak lahir ke dunia dengan gelaran anak haram? kita selaku orang yang ada akal fikiran kenapa hendak menghukum anak2 ini? tidak kah kita sama2 mendidik anak2 ini kejalan yang benar dan diredhai?
kepada bakal2 ibu yang akan melahirkan anak luar nikah ini jangan lah sia2 anak2 ini kerana anak ini adalah anugerah kepada si ibu. kepada lelaki yang hanya mengikut nafsu memamah anak2 gadis sedarlah kita ada hukum dunia dan akhirat. jika kamu terlepas di dunia belum tentu kamu akan terlepas di akhirat... insaf lah wahai anak2 adam (mengingati pada diriku sendiri jua..)
No comments:
Post a Comment