Kebanyakan individu sering berdepan dengan masalah kerja akan mengalami tekanan perasaan.Sekiranya mood hilang, tekanan perasaan ini akan mempengaruhi prestasi kerja anda. Keadaan kehidupan anda bersama keluarga juga turut dipengaruhi dan kualiti kehidupan itu akan terjejas. Jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda perasaan negatif ini mempengaruhi kehidupan seharian anda.
Pemikiran negatif dan emosi terganggu akan terpamer di riak wajah anda dan memudahkan individu lain mengetahui keadaan kita. Elakkan berfikiran negatif. Sekiranya anda sering berfikiran negatif, keadaan ini juga boleh melemahkan sistem pertahanan badan kita. Secara tidak langsung, apabila sistem pertahanan badan kita terganggu, kita akan lebih terdedah kepada penyakit-penyakit yang tidak diingini.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh digunapakai untuk mengembalikan mood seseorang. Antaranya :
1) Senyum – Senyum adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang alat bantuan. Hulurkan senyuman anda sebagai sedekah kepada semua orang yang anda temui. Senyuman yang tidak memerlukan modal ini bukan sahaja akan membuatkan orang lain berasa gembira malah di samping itu juga kita akan mendapat kesan yang positif dalam masa yang sama. Selain itu juga, dengan melemparkan senyuman, kita dapat menguatkan otot-otot pipi selain daripada mengunyah. Tetapi, saya nak ingatkan kepada tuan puan, janganlah anda senyum seorang diri kerana perkara ini akan menunjukkan yang diri anda tidak siuman. Ahakz.
2) Ketawa – Ketawa juga merupakan langkah yang sangat mudah yang boleh dilakukan untuk mengambalikan mood. Sekiranya seseorang berasa ceria dan selesa dengan dirinya, ia akan menambahkan keyakinan terhadap dirinya dan berasa lebih tenang. Luangkan masa anda untuk menonton rancangan tv yang berunsurkan komedi, membaca komik dan anda tidak perlu berasa segan untuk ketawa jika melihat atau membaca sesuatu yang lucu/lawak/mencuit hati walaupun pada ketika itu anda keseorangan. Menurut kajian, apabila sesorang itu ketawa, otak akan mengahasilkan hormon endorfin – yang mana membuatkan kita akan berasa selesa dan tenang. Malalui kajian ini juga, ketawa boleh menjadi terapi yang sangat mujarab kepada emosi seseorang
3) Amalkan pernafasan yang dalam dan perlahan – Teknik ini ternyata berkesan dan sering saya gunakan semasa menjalankan operasi mengklik iklan di belog. Haha! Saya melawak je. Teknik ini sangatlah mudah dan ia juga sama dengan teknik ketika melakukan tai chi, yoga, meditasi dan qi gong. Caranya sangatlah mudah dan saya pasti tuan puan sering mengamalkan teknik ini. Lakukan semasa anda dalam keadaan gelisah dan dilakukan sekurang kurangnya 30 saat.
4) Sentuhan- Kajian menunjukkan bahawa melalui sentuhan, ia kan merangsang penghasilann hormon endorfin, hormon pertumbuhan dan dehidroepiandrosteron (DHEA) yang boleh memanjangkan jangka hayat. Bagi lelaki, berkahwin atau mempunyai pasangan didapati lebih bahagia, kurang tekanan perasaan dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Oleh itu, tuan puan jangan la kedekut memeluk anak anda kerana anda juga akan mendapat kesan yang positif. Begitu juga mereka yang memupnyai pasangan. Peluklah pasangan anda tetapi saya nak ingatkan kepada lelaki jangan peluk sesuka hati anak dara orang. Muahaha!
Saya rasa cukuplah dengan beberapa langkah di atas. Kalau nak senaraikan semua memang terlalu banyak. Sekiranya tuan puan mempunyai cara yang tersendiri untuk mengembalikan mood, sila jangan sengan dan malu untuk berkongsi di ruangan komen. Babaiz.
No comments:
Post a Comment