ADAB UZ-ZIFAF
Ahmad telah menceritakan :
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada
Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh
ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua
kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan
tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t.
menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala
pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu
dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak
selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu
daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu
pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar
di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat
anak."
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa
minggu pertama perkahwinan)."
Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid
itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari
pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di
hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah
mengenainya dan anaknya."
3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana
jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka
kepada manusia yang bermata juling."
4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang
demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."
5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta -
iaitu anak."
6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang
bersifat benci dan hina."
7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api
(bala) dari langit yang membakar kamu berdua."
8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu
tuala dan pada isterimu satu tuala."
9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
dan talak."
10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri,
maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing
di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."
11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak
baginya kecuali sudah tua."
12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut,
apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia
akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."
13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali
kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."
14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon
kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
atau seorang ketua yang bengis,"
15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah."
16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan."
17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan
(Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang
jelek pada muka dan rambutnya."
18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan
(yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi
seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."
19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan
pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."
20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati batas."
21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta
kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :
"Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."
22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."
23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam,
maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi
seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."
ANJURAN BERJIMA'
24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan
oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."
25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran)
dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan
Qadar Allah)."
26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa,
Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati
Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada
ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)
bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan
hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
mengadu-domba."
27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau
seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."
28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang
yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan
dunia."
29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan
nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah."
30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,
selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
masyhor dan alim."
31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"
"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."...1*
(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
No comments:
Post a Comment