Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Thursday, July 09, 2009Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih
dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mere ka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang
tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya
cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa
yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak
makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk
makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
Kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh
dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.
0 komen